‘Duit raya’ RM500 kepada penjawat awam, pesara RM250, salur minggu hadapan

Ia akan disalurkan kepada gred 56 ke bawah bagi setiap penjawat awam dan pesara RM250 termasuk veteran

3:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara.

Menurut Perdana Menteri, bantuan itu akan disalurkan pada minggu hadapan.

“Insya-Allah minggu hadapan, kita akan salurkan kepada gred 56 ke bawah RM500 bagi setiap penjawat awam dan pesara RM250 termasuk veteran.

“dan mulai Isnin Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga dikeluarkan supaya meringankan beban rakyat,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, hari ini.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek dan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka serta persediaan untuk Hari Raya Aidilfitri.

Pada 13 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan supaya menyalurkan BKK Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat dilaporkan berkata, pemberian BKK penting bagi meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. – 21 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Tengku Zafrul back in the mix for BAM presidency

The post has been vacant since after the Paris Olympics last year when Tan Sri Mohamad Norza Zakaria stepped down

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related