Terengganu larang semua aktiviti busking pada 10 malam terakhir Ramadan

Ia bagi menghormati dan memelihara kemuliaan 10 malam terakhir Ramadan

1:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Terengganu melarang semua aktiviti ‘busking’ atau persembahan muzik jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan, berkuatkuasa mulai semalam sehingga 30 Mac ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah peraturan itu bertujuan menghormati dan memelihara kemuliaan 10 malam terakhir Ramadan.

Perkara berkenaan, katanya, telah dimaklumkan kepada semua pemilik premis perniagaan dan pasar raya yang menjadi lokasi persembahan ‘busking’ di seluruh Terengganu.

“Surat juga telah dihantar kepada semua penganjur bazar Ramadan, pesta moreh dan bazar Aidilfitri seluruh Terengganu,” katanya, lapor Bernama.

Terengganu sebelum ini mengarahkan semua aktiviti persembahan muzik jalanan hanya dijalankan selepas solat tarawih dengan pemilihan lagu berunsur ketuhanan.

Persembahan pula hanya membabitkan penyanyi lelaki manakala golongan wanita dilarang keras daripada terlibat dalam aktiviti terbabit.

Wan Sukairi memberitahu, mana-mana pihak yang melanggar peraturan berkenaan berdepan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan. – 21 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Tengku Zafrul back in the mix for BAM presidency

The post has been vacant since after the Paris Olympics last year when Tan Sri Mohamad Norza Zakaria stepped down

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related