‘Jangan tangguh lagi, tukar alamat mengundi segera’: Ketua Penerangan PAS Selangor

Zurk hairan kenapa ada pihak yang resah dengan seruan tersebut dan menuduh PAS sebagai tidak demokratik

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Selepas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri menggesa pengundi luar menukar alamat untuk mengundi di Selangor, seorang lagi pemimpin parti berkenaan tampil membuat seruan sama.

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad ia adalah langkah penting bagi memastikan setiap undi mencerminkan realiti sebenar rakyat dan mereka yang bermastautin di Selangor.

Jelasnya, ia juga merupakan hak yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor Harakah Daily.

Zurk turut melahirkan kehairanan kenapa ada pihak yang resah dengan seruan berkenaan.

“Mereka menuduh ia tidak demokratik sedangkan pemimpin mereka sendiri bertanding di sana sini.

“Kenapa apabila rakyat biasa nak mengundi di tempat mereka bermastautin dijadikan isu?” katanya..

Baru-baru ini, Ab. Halim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras menggesa supaya mereka yang berdaftar sebagai pengundi di negeri lain tetapi menetap di Selangor segera memindahkan alamat undi ke negeri itu.

Menurut Ab. Halim, beliau yakin langkah itu dapat meningkatkan jumlah pengundi Perikatan Nasional (PN) di Selangor terutama di kawasan majoriti kaum Melayu dan luar bandar.

Cadangan berkenaan bagaimanapun dibidas oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan yang menyifatkan ia sebagai tidak rasional dan menunjukkan tanda sokongan parti tersebut semakin merosot di Selangor.

Beliau berkata PAS kini bergantung kepada pengundi luar dari kubu kuat di Kelantan dan Terengganu untuk meningkatkan prospek pilihan rayanya.

“Saya rasa perkara ini melucukan kerana ia menunjukkan dia sudah kehabisan idea dan dia sendiri sedar bahawa mereka (PAS) tidak lagi mampu memenangi hati anda semua di sini, sebaliknya perlu bergantung kepada orang luar,” katanya.

Dalam pada itu, Zurk turut menggesa supaya penduduk luar agar tidak lagi menangguhkan pertukaran alamat tempat mengundi mereka di Selangor.

“Jangan bertangguh lagi! Jika anda tinggal, bekerja dan membina kehidupan di Selangor, ikuti langkah mudah untuk menukar tempat mengundi dan ambil peranan dalam menentukan masa depan negeri ini,’’ katanya. – 19 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related