Jakim akan panggil pengendali Facebook kaitkan nepotisme, kronisme dengan Nabi

Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran status itu dan akan memanggil individu terbabit untuk penjelasan

8:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu yang membuat hantaran di Facebook berkaitan isu kronisme dan nepotisme yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam kenyataannya, Jakim memberitahu, ia mengambil perhatian serius terhadap status tersebut.

“Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan isu kronisme dan nepotisme dan akan memanggil pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai ‘Ainon Mohd’ memuat hantaran mengenai nepotisme dan kronisme yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad S.A.W. sehingga mengundang kemarahan ramai.

Semakan di akaun berkenaan mendapati ia mempunyai seramai 255,000 pengikut dan dia juga merupakan seorang penulis buku.

Dia mendakwa barat tidak mengamalkan kronisme dan nepotisme.

“Sebagai ketua negara Islam Madinah, Nabi amalkan nepotisme dan kronisme,” dakwanya sambil memberikan contoh Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar sebagai mertua, Sayyidina Uthman (menantu) serta Sayyidina Ali (menantu dan sepupu).

Hantaran berkenaan mencetuskan kemarahan ramai kerana ia mengundang fitnah kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Tidak kurang pula yang meluahkan kekecewaan kerana sebelum dia adalah penulis buku motivasi dan susulan kenyataan itu ramai yang meluahkan untuk memboikot buku-bukunya. – 15 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Safeguarding harmony: Addressing 3R challenges in Malaysia’s digital age

Efforts to maintain racial and religious unity now face hurdles with the rise of digital hate speech and provocations

Here’s the scoop… 

FOR the last two weeks, many of you have started getting acquainted with Scoop. Founded by the three of us with a combined experience of nearly 100 years, we hope to fill a void in news and information consumption.

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related