‘Jom Jalan Bersama NPC’ kembali lagi, lebih meriah

Acara berkenaan dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu berjalan kaki kompetitif 10 kilometer (km) dan 5km berjalan santai

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program ‘Jom Jalan Bersama NPC’ anjuran Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) akan diadakan untuk kali kedua pada 24 Mei ini, di Padang Merbok, di sini.

Program yang dianjurkan bersama Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTKLAA) itu, menjanjikan pengalaman menarik kepada peserta.

Acara berkenaan dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu berjalan kaki kompetitif 10 kilometer (km) dan 5km berjalan santai.

Bagi 10km, ia merangkumi beberapa sub-kategori: Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, lelaki dan perempuan (berumur 13-17 tahun), serta kategori veteran (berumur 40 tahun ke atas). Sementara itu, berjalan santai dibuka kepada semua peserta.

Program ini bertujuan untuk mempromosikan berjalan kaki sebagai gaya hidup sihat sambil mengenal pasti bakat baharu, terutamanya dalam kalangan peserta muda.

Dalam pada itu, Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan berkata, program itu turut menggalakkan pengamal media untuk turut serta.

“Saya ingin menjemput para wartawan untuk berjalan bersama kami. Ini adalah platform yang membolehkan kita menunjukkan solidariti dalam industri ini,” katanya.

Beliau menambah bahawa ‘Jom Jalan with NPC 2025’ berfungsi sebagai acara penyatuan bagi rakyat Malaysia.

“Kita perlu berjalan bersama sebagai satu negara. Acara seperti ini menyatukan kita untuk mencapai beberapa matlamat – mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif melalui berjalan kaki serta mengingatkan kita bahawa rakyat Malaysia adalah satu keluarga besar yang bahagia,” katanya.

Edisi sulung tahun lalu menarik lebih 300 peserta daripada pelbagai latar belakang.

Peserta yang berminat boleh mendaftar melalui Race Roster atau RaceXAsia. – 15 Mac 2025

Topics

 

Hangat

Gobind’s neutrality, party support rocketed him to DAP chairmanship: analysts

Observers said his non-allegiance to either pro- or anti-Lim Guan Eng factions may have helped him secure the chairmanship

Tampar lelaki bukan Islam makan ketika Ramadan adalah provokasi, tidak cermin perpaduan: Aaron

Menteri Perpaduan Negara berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Duterte arrested: Former Philippine leader taken into custody over ICC warrant

Ex-president detained at Manila airport as global tribunal pursues justice for thousands killed in drug war

Related