2 individu termasuk bekas pegawai khas Ahli Parlimen direman, disyaki terima rasuah RM500,000

Mereka dipercayai menerima rasuah RM500,000 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana Projek Mesra Rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta tahun lepas

7:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua individu termasuk bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen ditahan reman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan bagi meluluskan dana Projek Mesra Rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat perintah reman selama empat hari bermula semalam yang dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, dua individu berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan pada jam 9.30 malam Rabu ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Mereka dipercayai melakukan perbuatan berkenaan tahun lepas sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana Projek Mesra Rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta membabitkan pembekalan papan pintar interaktif atau Interactive Smart Board kepada beberapa sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

“Selain itu, siasatan juga menjurus kepada aspek pembekalan bagi mengesahkan penerimaan item mengikut kuantiti dan spesifikasi oleh sekolah-sekolah berkenaan,” katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus dalam pada itu mengesahkan penahanan berkenaan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – 7 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Gobind’s neutrality, party support rocketed him to DAP chairmanship: analysts

Observers said his non-allegiance to either pro- or anti-Lim Guan Eng factions may have helped him secure the chairmanship

Duterte arrested: Former Philippine leader taken into custody over ICC warrant

Ex-president detained at Manila airport as global tribunal pursues justice for thousands killed in drug war

Not an apostate: Syahredzan slams accusations he left Islam after DAP leadership win

Young Syefura also hit by anonymous detractors with baseless apostasy claims

Related