Kurang persediaan punca kadar lulus CLP rendah, ramai tak mampu capai markah lulus

Berdasarkan statistik bagi tempoh 5 tahun dari 2020 hingga 2024, kadar lulus peperiksaan CLP yang paling tinggi ialah 46.33% manakala yang paling rendah ialah 16.92%

9:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kadar lulus peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) didapati sangat rendah dan meskipun markah untuk lulus setiap kertas peperiksaan CLP hanyalah 40 markah, namun masih ramai calon yang tidak mampu mencapainya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan statistik bagi tempoh lima tahun mulai 2020 hingga 2024, kadar lulus Peperiksaan CLP yang paling tinggi ialah 46.33% manakala yang paling rendah ialah 16.92%

Menurutnya, salah satu punca peratusan lulus peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) yang rendah adalah disebabkan calon-calon kurang membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

“Peperiksaan CLP ialah suatu peperiksaan profesional yang mempunyai suatu standard yang tinggi sebagaimana ditetapkan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (Lembaga Kelayakan).

“Kertas-kertas soalan dan skema jawapan yang disediakan oleh pakar dalam bidang undang-undang telah melalui proses moderasi (moderation). Skop dan standard kertas soalan peperiksaan CLP disediakan supaya memenuhi kehendak semasa profesion undang undang di Malaysia,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin mengetahui langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk merompak Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang susulan rungutan yuran yang meningkat.

Menurut Azalina, yuran peperiksaan CLP sedia ada ditetapkan pada 2020 selepas tidak disemak selama 13 tahun iaitu sejak 2007 dan penetapannya mengambil kira beberapa kos yang terlibat.

Ia termasuk kos mengendalikan peperiksaan CLP seperti penyediaan dan pengemaskinian silibus peperiksaan, kos penyediaan kertas soalan, kos pemeriksaan kertas jawapan dan kos pencetakan buku-buku statut untuk calon-calon.

“Lembaga Kelayakan juga tidak menerima sebarang peruntukan kewangan daripada kerajaan atau pihak-pihak lain sejak penubuhannya.

“Kos pengoperasian Lembaga Kelayakan bergantung sepenuhnya pada kutipan yuran peperiksaan CLP tersebut,’’ katanya.

Tegasnya, pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk merombak Lembaga Kelayakan tersebut namun ia dicadangkan untuk menambah baik proses sedia ada mengikut standard amalan yang terbaik. – 6 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related