Hubungan ‘istimewa’ guru, murid tahun 6: Tunggu laporan perubatan, siasatan hampir lengkap: Hussein

Bapa mangsa menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8, dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan

5:42 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis sudah merakam keterangan enam saksi berhubung kes dakwaan seorang guru mempunyai hubungan istimewa bersama anak muridnya berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Dengkil, Sepang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, siasatan juga hampir selesai dan pihaknya sedang menunggu laporan perubatan sebelum diserah kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Polis telah rakam keterangan enam saksi iaitu mangsa, bapa mangsa, guru, dan juga beberapa murid. Polis telah rampas telefon bimbit milik suspek dan mangsa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa mendapati, murid tersebut tidak mempunyai sebarang masalah disiplin di sekolah.

“Malah mangsa dikatakan mempunyai prestasi yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

“Manakala guru berkenaan telah berkhidmat selama lima tahun dan merupakan seorang duda yang mempunyai tiga anak,” katanya.

Sebelum ini, bapa mangsa mendakwa guru lelaki berkenaan mempunyai hubungan luar biasa bersama anaknya.

Perkara itu selepas menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8, dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan.

Menurut bapa mangsa, perbualan atau komunikasi antara kedua-dua pihak itu juga tidak mencerminkan hubungan seorang guru dan murid. – 4 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related