Kontroversi Radio Era: Setiap agama perlu dihormati, jangan jadikan bahan senda, kata Jakim

Sikap mempersendakan amalan keagamaan pihak lain bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah boleh mencetuskan ketegangan dan merosakkan keharmonian masyarakat

5:27 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Amalan setiap agama perlu dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan ejekan atau persendaan dalam apa jua bentuk, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Beliau berkata sikap memperlekehkan atau mempersendakan amalan keagamaan pihak lain bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah boleh mencetuskan ketegangan dan merosakkan keharmonian masyarakat.

Oleh itu, beliau menyeru semua pihak untuk sentiasa menjaga senstiviti keagamaan di Malaysia dan mengamalkan sikap saling memahami serta bertoleransi.

“Jakim mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti keagamaan dalam setiap tindakan dan pertuturan, mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau perlakuan yang boleh menyinggung kepercayaan agama lain serta menghormati kebebasan beragama sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua harus dijadikan panduan bagi memastikan keamanan dan perpaduan terus terpelihara di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini tular di media sosial tindakan penyampai radio di sebuah stesen milik Astro dilihat melakukan tindakan seolah-olah mempersendakan upacara agama lain.

Tiga penyampai radio itu kemudian tampil membuat permohonan maaf berhubung tindakan mereka yang disifatkan menyinggung sensitiviti kaum di negara ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi kenyataan telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu. – 4 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related