3 penyampai Radio Era direhatkan sehingga diberitahu kelak: Astro Audio

Ia berikutan insiden rakaman video melibatkan penyampai Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin yang telah dikongsi di platform media sosial ERA

2:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga penyampai radio di sebuah stesen milik Astro direhatkan daripada ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara menunggu siasatan dalaman syarikat ke atas insiden seolah-olah mempersendakan upacara agama lain.

Astro Audio dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius perkara tersebut dan melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan Astro Audio memaklumkan bahawa mereka komited terhadap kepercayaan para pendengar serta memastikan persekitaran media dihormati dan menyeluruh.

Kenyataan itu turut menyebut syarikat penyiaran itu sedang mengambil langkah memperkukuh proses semakan kandungan, bagi memastikan program dihasilkan mencerminkan nilai dan jangkaan audiens.

Hari ini tular di media sosial tindakan penyampai radio di sebuah stesen milik Astro yang dilihat melakukan tindakan seolah-olah mempersendakan upacara agama lain.

Tiga penyampai radio itu kemudian tampil membuat permohonan maaf berhubung tindakan mereka yang disifatkan menyinggung sensitiviti kaum di negara ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan menjalankan siasatan terperinci berhubung tindakan kakitangan sebuah stesen radio milik Astro, yang dilihat mempersendakan upacara agama lain dan dimuat naik di platform media sosial pagi tadi.

Fahmi berkata ini termasuklah memanggil pihak Astro serta pengurusan stesen radio tersebut untuk hadir ke ibu pejabat MCMC, bagi memberikan penjelasan penuh.

“Ini bertujuan untuk memastikan tindakan yang boleh diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini. – 4 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related