Polis siasat guru ada hubungan istimewa dengan murid usia 12 tahun

Bapa kandung murid itu membuat laporan apabila mendapat tahu anak perempuannya sering dihubungi oleh guru berkenaan melalui aplikasi TikTok, Love8 dan WhatsApp

5:27 PM MYT

 

SEPANG – Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan seorang guru sebuah sekolah di Dengkil di sini mempunyai hubungan istimewa dengan murid berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Sepang, Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa murid berkenaan pada Rabu. 

“Bapa kandung tampil membuat laporan apabila mendapat tahu anak perempuannya sering dihubungi oleh guru berkenaan melalui aplikasi TikTok, Love8 dan WhatsApp.

“Perkara itu mencurigakan seperti tidak menampakkan hubungan antara seorang anak murid dan guru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata polis telah mengambil keterangan guru lelaki berusia 30-an itu semalam dan siasatan sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017  yang membawa hukuman penjara melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita dan maklumat tidak benar berkaitan kes ini,” katanya. – 1 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related