KUALA LUMPUR – Empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditahan reman tiga ke lima hari bagi siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Media yang memetik sumber SPRM memberitahu perintah tahanan reman itu dibuat di Mahkamah Putrajaya semalam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara tersebut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM,’’ katanya di sini hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula Jumaat lalu untuk tiga individu.
Manakala seorang lagi yang direman sejak tiga hari lalu telah dibebaskan hari ini. – 23 Februari, 2025