RUU Perkhidmatan Parlimen harus bersifat bebas daripada campur tangan badan Eksekutif – Kumpulan Masyarakat Sivil

RUU Perkhidmatan Parlimen yang bakal dibentangkan seharusnya memberikan autonomi institusi, pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen

8:52 PM MYT

 

KUMPULAN Masyarakat Sivil dan individu-individu yang bertandatangan di bawah mendesak Kerajaan Madani untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang bersifat bebas daripada badan Eksekutif di dalam usaha mereformasi Parlimen bagi menjadikan institusi Parlimen dapat menjalankan peranannya dengan berkesan.

RUU Perkhidmatan Parlimen yang bakal dibentangkan seharusnya memberikan autonomi institusi, pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen seiring dengan usaha Kerajaan Madani ingin memperkasa peranan institusi Parlimen khususnya sebagai medium semak dan imbang keapda kerajaan hari ini.

Berikut adalah pendirian penuh kami terhadap elemen utama yang perlu ada bagi memastikan RUU Perkhidmatan Parlimen ini mencerminkan semangat pembebasan yang sebenarnya:

  1. Perkara 65(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan harus dimasukkan semula bagi
    menghidupkan kembali Akta Perkhidmatan Parlimen selaras dengan perjalanan prinsip
    pengasingan tiga kuasa Kerajaan yang setaraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi
    dasar kepada sebuah negara demokrasi. Prinsip pengasingan kuasa ini akan membolehkan
    institusi Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman supaya bebas antara satu sama lain, namun tetap boleh memeriksa perjalanan tugas di antara satu sama lain.
  2. Pindaan Perkara 65, Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan pelantikan
    Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat juga harus dikembalikan semula
    agar jawatan mereka ini dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan serta boleh
    dicadangkan pemilihan namanya oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang bebas dan dibentuk di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen yang baharu.
  3. Jawatan Ketua Pentadbir Parlimen sebagai Ketua Perkhidmatan Parlimen yang dikanunkan di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen yang baharu harus bersifat terbuka dan bebas daripada perkhidmatan awam (badan Eksekutif).
  4. Setelah dilantik ketiga-tiga jawatan (Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat) ini, pemegang jawatan ini harus dianggap sebagai ahli perkhidmatan Parlimen. Sekiranya seseorang itu dilantik di kalangan perkhidmatan awam,
    pemegang jawatan tersebut harus meletakkan jawatan di dalam perkhidmatan awam bagi
    membolehkan seseorang itu dilantik sebagai ahli di dalam perkhidmatan Parlimen.
  5. Ketiga-tiga jawatan di dalam perkhidmatan Parlimen, seperti kakitangan Parlimen yang
    lain harus mempunyai kewajipan dan sikap sentiasa bersifat berkecuali di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka semasa di dalam perkhidmatan Parlimen.
  6. Penubuhan sebuah Majlis Perkhidmatan Parlimen yang bebas daripada campur tangan
    badan Eksekutif dengan diketuai Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
    dan sekumpulan ahli Parlimen merentasi parti politik (mempunyai kuasa mengundi) dan
    disokong oleh Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan
    Rakyat, wakil-wakil perkhidmatan awam, wakil perbendaharaan dan sebagainya (tidak
    mempunyai kuasa mengundi).
  7. Penubuhan sebuah Jawatankuasa Tetap Bersama (Joint Standing Committee) bagi
    Pentadbiran dan Kewangan Parlimen bagi memantau serta membantu Suruhanjaya
    menjalankan peranannya. Peranan Jawatankuasa Tetap Bersama ini bukan sahaja boleh
    membantu menambah baik urusan pentadbiran dan kewangan Parlimen melalui semakan dan
    syor cadangan penambah baikan setiap tahun, malah memastikan ketelusan dan
    kebertanggungjawaban Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Kami sekali lagi mengulangi gesaan agar Kerajaan mengambil tanggungjawab dan memberi komitmen kukuh terhadap reformasi institusi Parlimen sekali gus memperkasanya melalui sebuah Undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang terpisah daripada campur tangan badan Eksekutif.

Akta Perkhidmatan Parlimen yang tidak memperkasakan kebebasan Parlimen yang sebenar-benarnya tidak bermakna dan hanya mengundang persoalan tentang iltizam Kerajaan Madani terhadap demokrasi dan reformasi.

Sekiranya, RUU Perkhidmatan Parlimen tidak menepati sepertimana di dalam ciri-ciri undang-undang Perkhidmatan Parlimen di peringkat antarabangsa, kami mendesak agar RUU Perkhidmatan Parlimen ini dihantar ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk satu semakan semula di bawah Peratuaran Mesyuarat 54, Peraturan Mesyuarat Majlis Mesyaurat Dewan Rakyat.

Kami juga mendesak agar RUU atau cadangan utama RUU ini didedahkan kepada umum untuk disemak dengan lanjut oleh pemegang taruh yang lain.

Kenyataan Bersama Oleh:

  1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
  2. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)
  3. Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM)
  4. Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA)
  5. Rasuah Busters
  6. Maha Balakrishnan, Pakar Runding Hal Ehwal Parlimen
  7. Prof. Wong Chin Huat, Saintis Politik
  8. Datuk Hussamuddin Yaacub
  9. Shah Hakim Zain

Masyarakat Sivil

  1. Transparency International Malaysia
  2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  3. Pertubuhan IKRAM Malaysia
  4. Agora Society Malaysia
  5. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN)
  6. Architects of Diversity (AOD)
  7. Bait Al Amanah (House of Trust)
  8. Borneo Komrad
  9. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  10. Consumer Choice Center
  11. Dewan Belia India Malaysia
  12. Development of Human Resources for Rural Areas (DHRRA), Malaysia
  13. ENGAGE
  14. Family Frontiers
  15. G25 Malaysia (G25)
  16. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
  17. Greater Equitable Measures (GEM)
  18. Idealis Mahasiswa UTHM
  19. Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (initiate.my)
  20. Institute for Research & Development of Policy (IRDP)
  21. Kemban Kolektif
  22. Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM)
  23. Kumpulan Penyelidik Sosial (KUPAS)
  24. Kuliah Buku (KUBU)
  25. Lawyer Kamek (Sarawak)
  26. Legal Dignity
  27. Liga Demokratik Rakyat
  28. Our Journey
  29. Pangrok Sulap
  30. Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA
  31. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Malaysia
  32. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  33. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  34. Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya
  35. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
  36. Persatuan Pengundi Muda (UNDI18)
  37. Pertubuhan Jaringan Kebajikan Komuniti
  38. Pertubuhan Kebajikan Vivekananda Rembau Negeri Sembilan
  39. Pusat KOMAS
  40. Pusat Pembangunan Rakyat Mandiri (MANDIRI)
  41. PurpleLily Social Association Kuching
  42. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  43. Sinar Project
  44. Sisters in Islam (SIS)
  45. Suara Mahasiswa UMS
  46. Tenaganita
  47. The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
  48. Terengganu Strategic and Integriti Institute
  49. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
  50. Wanita Maju Selangor & KL

Individu

  1. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Dato’ Syed Jaafar Albar
  2. Emeritus Prof Dato Dr Shad Saleem Faruqi
  3. Datin Paduka Marina Mahathir
  4. Datuk Ambiga Sreenevasan
  5. Sivarasa Rasiah, Bekas Ahli Parlimen Subang
  6. Maria Chin Abdullah, Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya
  7. Prof. Dr. Andrew Harding
  8. Prof. Dr. Faridah Jalil
  9. Prof. Terence Gomez
  10. Profesor Madya Dr. Khairil Azmin Datuk Mokhtar
  11. Rusnah Aluai, Bekas Ahli Parlimen Tangga Batu
  12. Nga Hock Cheh, Bekas Ahli Dewan Negara
  13. Cynthia Gabriel
  14. Dato Dr. Hartini Zainudin
  15. Afiqah Zulkifli
  16. Christopher Leong
  17. Cikgu Rahayu
  18. Danesh Prakash Chacko, Aktivis Pembaharuan Pilihan Raya
  19. Doris Chew
  20. Dr. Abdul Muqit Muhammad, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu, UM
  21. Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd Anuar
  22. Dr. Ikmal Hisham Md Tah
  23. Dr. Mohammad Tawfik b Yaakub
  24. Jeffery Ngui Voon Chiang
  25. Masjaliza Hamzah
  26. Mayna Ramesh Patel
  27. Megan Steven, Pembela, Pejuang Hak Asasi Manusia
  28. Muhammad Syafiq Haiqal bin Supaizam
  29. Noor Amin bin Ahmad, Bekas Ahli Parlimen Kangar
  30. Rusni Tajari
  31. Sharmila Sekaran
  32. Siew Lian Hee
  33. Zhafir Amin

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related