Tiada keperluan gubal Akta Anti Diskriminasi Kaum: Aaron

Menteri Perpaduan Negara berkata terdapat kira-kira 10 peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948

12:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang baru Akta Anti Diskriminasi Kaum bagi membendung isu perkauman pada masa ini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, adalah memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan sedia ada.

Malah undang-undang sedia ada, katanya mencukupi untuk memastikan hubungan antara kaum terpelihara.

“Dalam hal ini, penguatkuasaan yang telus dan adil, tanpa mengira latar belakang etnik, agama dan kelas sosial adalah amat penting untuk memastikan keharmonian terus terpelihara.

“Namun demikian, sekiranya keadaan mendesak dan kerajaan berpandangan bahawa undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan semula bagi tujuan mengekang sesetengah ucapan atau kenyataan (hate speech) atau perbuatan provokasi yang boleh memecahbelahkan masyarakat dengan sentimen perkauman, maka kementerian akan menyokong penuh hasrat berkenaan,” katanya.

Aaron berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) sama ada kerajaan berhasrat menggubal Akta Anti Diskriminasi Kaum untuk membendung peristiwa perkauman yang kian melarat dalam kalangan pemimpin parti politik dan individu yang bersikap ekstremis dan perkauman pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam Guan Eng yang juga pengerusi DAP menggesa Akta Anti-Diskriminasi Kaum digubal bagi mengawal dan mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menghasut kebencian kaum dan tindakan ekstremis yang mensasarkan mana-mana komuniti semata-mata atas dasar bangsa atau latar belakang.

Menurut Guan Eng, ARD penting bagi menghentikan sama ada individu perseorangan yang tidak bertanggungjawab mahupun orang politik daripada terlibat dalam ucapan kebencian, mempamer kebencian kaum dengan apa cara sekalipun.

Ia susulan kejadian melibatkan seorang peniaga jagung di Sepang yang enggan menjual jagung kepada masyarakat India dan meletakkan notis berunsur perkauman di atas meja untuk menjual jagung bakar.

Mengulas lanjut, Aaron berkata terdapat kira-kira 10 peruntukan undang-undang sedia ada untuk membendung isu perkauman termasuk Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata sesiapa dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan, mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggugat perpaduan kaum dan agama boleh disiasat atau didakwa mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Mengenai insiden penjual jagung itu, Aaron berkata kementeriannya telah menggerakkan anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah itu dan sesi permohonan maaf diadakan di sebuah restoran, dihadiri wakil masyarakat India, pempengaruh, wakil penduduk, wakil dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta polis.

Ditanya mengenai tindakan undang-undang terhadap individu terbabit, Aaron memberitahu kementeriannya menggunakan pendekatan reformasi untuk menyelesaikan perkara itu.

“Sebab itu di bawah KPN kita ada KRT, malah kita juga ada 571 mediator komuniti dan kes ini belum sampai ke mediator tetapi di peringkat KRT sudah diselesaikan dengan kerjasama pihak polis dan akhirnya proses faham memahami serta permohonan maaf diadakan dan kita anggap kes ini selesai,” katanya. – 18 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related