Chow beri bayangan teruskan karier politik, dalam kapasiti berbeza

Chow menyatakan peluang lain dalam politik masih ada tetapi dalam kapasiti berbeza, termasuk di peringkat persekutuan namun parti yang akan membuat keputusan

5:49 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyatakan beliau tidak akan berundur dari politik sepenuhnya namun tidak menutup pintu untuk peluang berkhidmat dalam kapasiti berbeza.

Mengulas mengenai spekulasi berhubung masa depan politiknya, Chow – yang dijangka berundur dalam masa tiga tahun sebagai Ketua Menteri – menegaskan peluang lain masih ada termasuk di peringkat persekutuan.

Beliau ketika ini berkhidmat untuk penggal kedua dan terakhir sebagai Ketua Menteri berikutan had dua penggal yang ditetapkan dalam pindaan perlembagaan negeri. Chow sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding semula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Bercakap kepada Scoop, Chow memberitahu tidak akan bertanding di kerusi Padang Kota pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang dan menyatakan beliau tidak nampak sebarang alasan untuk berkhidmat sebagai Adun biasa selepas mengetuai kerajaan.

“Namun peluang lain untuk berkhidmat (politik), ia mungkin (terbaik) untuk parti menentukannya jika masih ada peranan yang boleh saya mainkan. Ia (pintu) masih terbuka.

“Mungkin penggal saya sebagai Ketua Menteri akan berakhir, namun karier politik saya masih (kekal). Saya masih boleh (berkhidmat),’’ katanya.

Chow berkata demikian ketika mengimbas semula keputusannya untuk berundur selepas lebih tiga dekad dalam DAP. Beliau berkhidmat sebagai pengerusi DAP Penang selama 25 tahun dari 1999 sehingga tahun lepas, dia mana beliau mengumumkan tidak akan bertanding semula untuk jawatan berkenaan.

Pengerusi Pulau Pinang kini digantikan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk mempertahankan kerusi Padang Kota jika diminta oleh akar umbi parti, Chow kekal dengan keputusannya.

“Saya menghargai keprihatinan mereka tetapi (mungkin) tidak (akan bertanding semula). Ini adalah penghujung satu fasa tertentu (dalam kerjaya saya) dan jika ada perjalanan lain yang boleh saya mulakan, ia adalah terbuka,” tambahnya.

Peranan di peringkat persekutuan? Parti akan memutuskannya

Selain peranannya sebagai Ketua Menteri dan Adun, Chow kini sedang berkhidmat dalam penggal pertama beliau sebagai Ahli Parlimen Batu Kawan. Beliau sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Tanjong dari 2018 hingga 2022.

Beliau juga adalah salah seorang daripada lima naib pengerusi DAP. 

Ditanya sama ada beliau bercadang untuk kekal di Parlimen dan mempertimbangkan peranan dalam kerajaan persekutuan, Chow berkata:

 “Ia adalah untuk parti memutuskan jika ada peluang untuk terus berkhidmat di platform baru.”

“Maksud saya, (pintu) terbuka, tidak ditutup.”

Di bawah perlembagaan negeri Pulau Pinang, mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak boleh dilantik semula ke jawatan sama.

Had penggal ini telah diperkenalkan melalui pindaan perlembagaan negeri yang dibentangkan oleh Chow dan diluluskan pada 2018 sebagai sebahagian daripada pembaharuan institusi oleh kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Harapan – 16 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related