141 laporan polis dibuat ke atas Hejira Travel libatkan kerugian RM3 juta

Ramli berkata sebahagian laporan polis turut dirujuk kepada Motac memandangkan syarikat berkenaan didaftar dan dilesenkan di bawah Motac

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah menerima 141 laporan terhadap syarikat umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd melibatkan nilai kerugian RM3.015 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan sedang dijalankan berkait laporan polis yang diterima setakat 7 Februari itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Memandangkan syarikat pengendali umrah ini adalah berdaftar dan dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk menjalankan aktiviti umrah dari 2023 hingga Mac 2027, sebahagian laporan polis turut dirujuk kepada Motac sebagai yang bertanggungjawab melaksana tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

“Siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan tetap diteruskan walaupun sebahagian laporan polis ini dirujuk kepada Motac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertengahan bulan lalu, lapan individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd, direman selama tiga hari berkaitan dakwaan kes penipuan pakej umrah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika itu dipetik berkata, pihaknya menerima sebanyak lapan laporan polis yang dibuat oleh mangsa dan polis menganggarkan jumlah semua mangsa adalah seramai 379 orang.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila kira-kira 300 jemaah umrah terkandas selepas tiada penerbangan mereka ke Tanah Suci, bulan lalu.

Berikutan itu, Pengarah Urusan Syarikat Umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan insiden itu dan menawarkan tiga penyelesaian termasuk pemulangan 100 peratus pengembalian wang jemaah.

Dalam pada itu, Ramli turut menegur sebuah pertubuhan aktivis menerusi satu sidang media mereka semalam, yang memberi gambaran seolah-olah tiada siasatan dilakukan pihaknya mengikut seksyen berkenaan terhadap syarikat pengendali umrah terbabit.

“Kenyataan oleh aktivis itu tidak benar, tidak bertanggungjawab dan memberikan persepsi buruk kepada pihak polis.

“Perlu diketahui bahawa undang-undang di negara ini memperuntukkan kuasa siasatan yang berbeza antara agensi penguat kuasa yang berlainan.

“Justeru, kesalahan yang termaktub dalam undang-undang tertentu hendaklah disiasat oleh agensi yang dipertanggungjawabkan agar tindakan lebih tepat serta sesuai dapat dilaksanakan,” katanya.  – 15 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related