Tradisi unik perkahwinan suku Temuan dan Jakun, dilangsungkan dalam upacara agama Buddha

Mazerol, berasal dari suku Jakun dan beragama Buddha manakala Shereen dari suku Temuan dan penganut animisme melangsungkan perkahwinan dengan memilih busana pengantin Melayu, bersongket biru dan bertanjak

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis perkahwinan pasangan Orang Asli Mazerol Way Ah Lon, Shereen Abigael Ajani di Desa Temuan, Bukit Lanjan baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

Mazerol, yang berasal dari suku Jakun di Johor dan Shereen dari suku Temuan di Selangor melangsungkan perkahwinan dengan memilih busana pengantin Melayu iaitu bersongket biru dan bertanjak.

Ia memancarkan daya tarikan dan keanggunan tersendiri pada majlis perkahwinan yang diadakan di perkampungan Orang Asli di Damansara Perdana pada Sabtu lalu.

Suku Temuan dan Jakun berada dalam kumpulan Kaum Orang Asli Melayu-Proto.

Berdasarkan laman web Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), selain Temuan dan Jakun, yang lain dalam kumpulan Melayu-Proto adalah suku Semelai, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.

Suku bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih dan tidak banyak bezanya dengan suku Temuan di negeri lain.

Suku Jakun pula tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan dan mengamalkan animisme.

Menerusi video yang dimuat naik dalam instagram Maria J. Dass @MariaDassTheWorld, ramai yang pada mulanya berasa keliru kerana menyangka pasangan itu beragama Islam dan memberikan komen-komen yang agak ‘keras’ apatah lagi apabila ia dijalankan dalam upacara perkahwinan Buddha.

Tidak kurang yang mengecam kedua-duanya.

Namun, Maria yang juga seorang pakar pemuliharaan warisan dan adat memberitahu Scoop, beliau dijemput oleh pasangan tersebut untuk menyaksikan majlis unik ini ketika membuat penyelidikan mengenai sejarah dan adat resam orang asal.

“Saya mengubungi Shereen untuk mendapat sedikit maklumat dan latar belakang. Beliau terus menjemput saya ke majlis perkahwinannya,” kata Maria.

Maria juga memberitahu, beliau telah memastikan klip video yang dimuat naik tersebut disertai keterangan yang jelas supaya ia tidak menimbulkan salah faham.

“Namun ada juga yang masih keliru. Tujuan saya memuat naik video ini adalah bagi menampilkan keunikan masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan kepercayaan di mana kadang kadang ia bertindih dalam suasana harmoni,” katanya.

Mazerol Way Ah Lon dan isteri, Shereen Abigael Ajani diraikan dalam majlis perkahwinan mereka di Desa Temuan, Bukit Lanjan, baru-baru ini. – Gambar Felicia Aurelia Kosasih, 14 Februari, 2025

Dalam pada itu, selepas mengetahui Mazerol adalah penganut Buddha dan Shereen adalah penganut animisme, ramai yang sebelum ini keliru, telah mengucapkan tahniah kepada pasangan itu atas perkahwinan mereka.

Malah, ada yang memberitahu sekadar memakai busana bersongket, tidak melambangkan seseorang itu beragama Islam sebaliknya ia adalah adat.

“Melayu biasa sinonim dengan islam… perkahwinan ini adalah unik kerana mereka bukan beragama islam dan memilih untuk memakai busana pengantin melayu,’’ kata w.wan jay

‘’Simply watch the video, terus rasa pelik, then baru baca caption, itulah pentingnya membaca sebelum buat conclusion (kesimpulan), and fyi, congratulations to the bride and groom (tahniah kepada pasangan pengantin lelaki dan perempuan,’’ ujar Nuraaiml

Tidak kurang pula yang membidas netizen yang memberikan komen tanpa membaca kapsyen yang disediakan sehingga ada yang keliru dan membuat pelbagai andaian terhadap pasangan itu.

Ia juga bagi mengelakkan fitnah ke atas pasangan bukan Islam itu.

“Fahamkan info yang disertakan. Jangan main tembak je dan cemuh. Mata kita lihat tapi telinga tak mendengar belum tentu betul. Telinga mendengar tapi kita tak melihat,’’ bidas Lovetilljannah.

Kesimpulannya, kata netizen, ramai yang malas membaca atau tidak memahami kapsyen yang dimuatnaik tetapi dengan pantas memberikan komen yang tidak sedap dibaca dan memalukan.

Apapun, ramai yang menyifatkan video tersebut memberikan pendedahan mengenai perkahwinan Orang Asli di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai suku masyarakat. – 14 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related