Tanding jawatan Timbalan Presiden PKR ‘saya akan istikharah dulu’ kata Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri memaklumkan akan mengambil beberapa pertimbangan sebelum membuat keputusan lanjut

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum memutuskan sama ada mahu bertanding dalam pemilihan PKR Mei ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memaklumkan akan mengambil beberapa pertimbangan sebelum membuat keputusan lanjut.

“Saya akan istikharah (solat memohon petunjuk) dululah,” kata Saifuddin ringkas ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding semula jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas tewas pada pemilihan 2022.

Beliu ditemui media pada Majlis Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini.

Pada pemilihan PKR 2022, Ahli Parlimen Pandan yang kini Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memenangi saingan itu dengan majoriti 16,668 undi mengatasi Saifuddin yang ketika itu Ahli Parlimen Kulim.

Terdahulu PKR memberi bayangan jawatan utama terutama presiden dan timbalan presiden tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu Mei depan.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Scoop berkata, proses rundingan supaya jawatan utama tidak dipertandingkan sedang berlangsung ketika ini.

“Proses rundingan sedang berjalan di mana parti melihat supaya jawatan-jawatan utama tidak dipertandingkan.

“Kita bincang semua, termasuk jawatan presiden dan timbalan,” katanya.

Namun, beberapa pemimpin PKR berpandangan dua jawatan utama itu harus dipertandingkan bagi menghidupkan demokrasi dalam parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh bulan lalu memberitahu parti itu akan mengadakan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat bagi sesi 2025-2028 pada 24 Mei depan.

Anwar, 77, dijangka terus memegang jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti dan ia juga merupakan penggal akhir beliau sebagai presiden.

Perlembagaan parti hanya membenarkan setiap presiden memegang jawatan selama tiga penggal. – 10 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related