Umno ‘lalat’: ‘saya hormat umur Dr Mahathir, bukan pendapatnya’  bidas Zahid 

Zahid menolak kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir bahawa Umno adalah 'lalat' dalam Kerajaan Perpaduan dan takut kepada pemimpin DAP

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dihormati kerana umurnya, bukan pendapat yang dilontarkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga Presiden Umno, mengulas kenyataan yang dibuat bekas Perdana Menteri itu yang menyifatkatkan pemimpin Umno sekadar ‘lalat’ dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya fikir kita hormat usianya sahaja. Tapi saya tidak hormat pada pendapatnya,” katanya kepada media selepas hadir ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA hari ini.

Pada Selasa, Dr Mahathir mendakwa Umno sanggup terima jika dipanggil ‘lalat’ kerana takut kepada pemimpin DAP yang mengaku dirinya ‘singa’.

Ia susulan kenyataan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menyatakan bahawa ‘singa tidak berdebat dengan lalat’.

Baru-baru ini Kor Ming dilapor berkata dia tidak berminat untuk melayan mahupun bergaduh dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Menurut Naib Pengerusi DAP itu, dia tidak akan merendahkan martabatnya dengan melayan kerenah Akmal. 

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi pula menyifatkan Umno adalah ular berbisa dan bukan lalat dalam Kerajaan Perpaduan.

Puad turut mengingatkan Dr Mahathir dengan tindakannya sebelum ini yang mahu menjadikan parti itu ‘lalat’ dan cuba membunuhnya untuk digantikan dengan Bersatu.

“Tun M lupa dia sebenarnya yang mahu Umno jadi lalat. Dia cuba bunuh Umno dan diganti oleh Bersatu. 

“Akhirnya dia dijadikan lalat oleh grup Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin). Dia diterajang daripada parti Bersatu kerana dituduh jadikan Bersatu lalat kepada DAP sehingga kalah teruk PRK (Pilihan Raya Kecil) Tanjung Piai pada 2019.

“Tun M terpaksa terbang ke sana ke mari macam lalat mencari tempat baru. Umno tidak terkesan pun didakwa umpama lalat. Umno terbukti ular berbisa di Nenggiri dan Mahkota,” katanya. – 29 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related