Bersih ada hak nyatakan pandangan rakyat: Fahmi

Gerakan itu juga punya hak mengetengahkan hasrat rakyat yang didakwa kecewa dengan kerajaan

12:48 PM MYT

 

CYBERJAYA – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berhak untuk menyatakan rakyat kecewa sekiranya kerajaan gagal menunaikan janji reformasinya, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Malah katanya, gerakan tersebut juga mempunyai hak untuk mengetengah hasrat rakyat yang didakwa kecewa dengan kerajaan.

“Bersih ada hak untuk menyatakan pandangan tersebut,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Chatbot Sebenarnya.my di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), hari ini.

Hadir sama Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Bersih yang mengingatkan bahawa rakyat berhak untuk kecewa sekiranya kerajaan gagal menunaikan janji reformasinya.

Sambil merujuk kepada Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu kota pada Sabtu, pengerusinya Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata kerajaan perlu memulakan proses reformasi pada tahun ini.

Antara tuntutan reformasi itu ialah pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya, pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk menyekat rasuah dalam pilihan raya, perubahan kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan menggubal Akta Pembiayaan Politik.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah itu disertai kira-kira 200 orang terutama pelajar dari lebih 10 universiti tempatan yang berarak bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kes rasuah di negara ini.

Dalam pada itu, mengulas isu rampasan sebuah komputer riba daripada portal Malaysiakini untuk membantu siasatan terhadap bekas menteri, Khairy Jamaluddin, Fahmi berkata, beliau tidak dimaklumkan secara terperinci kerana ia di bawah siasatan polis.

“MCMC adalah agensi teknikal yang membantu siasatan. Saya difahamkan pihak Malaysiakini bukan (sasaran siasatan) tapi mereka adalah saksi dan bukan sasaran.

“Mungkin berdasarkan maklum balas yang diterima oleh polis daripada Jabatan Peguam Negara mengenai kertas siasatan yang telah dihantar dalam kes berkenaan.

“Ia adalah untuk membantu dalam proses siasatan dan setelah siasatan selesai, ia akan dipulangkan, tidak ada masalah,” katanya.

Sebelum ini, Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah merakamkan kenyataan daripada editor eksekutif Malaysiakini RK Anand. Bagaimanapun, Malaysiakini kemudiannya dimaklumkan komputer riba itu juga perlu dirampas.

Pada 11 Januari lalu, dua laporan polis telah dibuat terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin atas kenyataannya berhubung isu dokumen mengenai satu perintah yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Laporan berkenaan dibuat oleh Datuk Suraya Yaacob, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nor Azrina Surip, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Pada 13 Januari lalu, polis telah merakam keterangan daripada Khairy . – 28 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related