MCMC sedang teliti dokumen dihantar Meta: Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia akan dilesenkan sedikit masa lagi

12:17 PM MYT

 

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti dokumen yang dihantar penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial bagi memperoleh lesen beroperasi di Malaysia .

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, setakat semalam, Meta Platforms Inc (Meta) telah menghantar sejumlah dokumen.

“Kita sedang memproses dan kita jangkakan dalam masa yang tak terlalu lama akan kita lesenkan.

“Yang lain seperti yang saya telah sebut sebelum ini untuk Google, Microsoft yang menguruskan LinkedIn dan juga X.

“Di pihak MCMC, beberapa perkara sedang disusuli dan masing-masing mempunyai pandangan mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Chatbot Sebenarnya.my di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Fahmi juga berpandangan tindakan perlu diambil supaya aspek pelesenan terhadap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial tidak akan tertangguh terlalu lama.

“Saya berpandangan kita perlu ambil tindakan dan kita tidak akan tangguh terlalu lama sebelum tindakan ini diambil,” katanya.

Sebelum ini, Tencent (WeChat) menjadi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial pertama menerima Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia ASP (C) untuk beroperasi di Malaysia diikuti ByteDance (TikTok) dan Telegram. – 28 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related