Program Harith Iskander di Dewan Filharmonik Petronas esok dibatalkan

DFP bagaimanapun tidak memaklumkan punca pembatalan berkenaan

7:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program komediri Harith Iskander yang dijadual esok malam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), telah dibatalkan.

DFP bagaimanapun tidak memaklumkan punca pembatalan berkenaan.

“Pihak pengurusan DFP dengan dukacita mengumumkan pembatalan rancangan komedi oleh Harith Iskander, di bawah siri DFP Punchline yang dijadualkan esok.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan berlaku. Terima kasih atas pemahaman anda dan sokongan berterusan,” kata kenyataan itu hari ini.

Harith, 54, yang dihimpit dengan kontroversi mengenai isu ham yang didakwa menghina Islam telah dipanggil polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu polis telah merakamkan keterangan daripada pelawak itu pada Rabu lepas.

“Setakat ini, sebanyak 16 laporan polis diterima berkaitan isu ini di seluruh negara dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama.

Harith itu didakwa memuat naik hantaran itu ketika kontroversi status halal sandwic ham and cheese baru-baru ini yang didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam. – 24 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related