Batal cadangan sistem waktu kerja berlainan, jangan buli petugas kesihatan: pembangkang

Kekurangan petugas yang menjadi isu utama sektor kesihatan tidak akan selesai dengan WBB

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu menggesa kerajaan membatalkan cadangan sistem syif baharu untuk petugas kesihatan iaitu ‘Waktu Bekerja Berlainan’ (WBB) yang didakwa bukan untuk membela kebajikan kakitangan tetapi membuli.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)  Bersatu, Dr Yadzil Yaakub berkata, kekurangan petugas yang menjadi isu utama sektor kesihatan tidak akan selesai dengan WBB malah akan melumpuhkan sistem perkhidmatan jika dilaksanakan.

“Sebagai seorang pengamal perubatan, saya merasakan cadangan untuk melaksanakan WBB untuk petugas kesihatan bukan untuk membela kebajikan mereka tetapi jelas untuk membuli petugas kesihatan.

“Dari kenyataan, Menteri bersikap baling batu sembunyi tangan. Masih tercari-cari sokongan majoriti dari semua petugas kesihatan walaupun ada yang maklumkan kepada saya bahawa garis panduan telah pun tersebar. 

“Waktu kerja dipendekkan tapi beban semakin bertambah dengan bayaran ‘on-call’ dinafikan. Mana yang dimaksudkan menteri untuk menjaga kebajikan petugas kesihatan?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Yadzil Yaakub berkata kekurangan petugas yang menjadi isu utama sektor kesihatan tidak akan selesai dengan WBB malah akan melumpuhkan sistem perkhidmatan jika dilaksanakan. – Gambar Facebook, 22 Januari, 2025

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, WBB hanyalah tambahan pilihan kepada sistem sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kemampuan hospital awam.

Menurutnya, inisiatif itu bertujuan menangani isu lama berkaitan waktu kerja berlebihan dalam kalangan profesional kesihatan, di mana ada yang bekerja sehingga 33 jam berturut-turut atau mencatatkan 99 jam seminggu.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan jangka masa bilakah WBB akan dilaksanakan.

Dr Yadzil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bemban berkata, kekurangan petugas kesihatan yang menjadi isu utama sektor kesihatan tidak akan selesai dengan WBB malah akan melumpuhkan sistem perkhidmatan kesihatan negara jika dilaksanakan

“Saya gesa pihak Kementerian Kesihatan batalkan perlaksanaan WBB yang tidak memberi sebarang keuntungan kepada petugas kesihatan. 

“Kebajikan petugas di sektor kesihatan perlu diutamakan untuk memastikan mereka terus berkhidmat dengan ikhlas memberikan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang,” katanya.

Sementara itu Lajnah Kesihatan Dewan Muslimat PAS, Dr Reen Mohd Amin menyeru KKM mempertimbangkan dengan teliti pandangan semua pihak, terutamanya doktor di lapangan, sebelum melaksanakan dasar yang berpotensi memberi kesan besar terhadap petugas kesihatan dan sistem penjagaan kesihatan negara.

“Kami menggesa KKM untuk melaksanakan sesi libat urus yang lebih inklusif dan melibatkan semua pihak berkepentingan, khususnya doktor dan petugas kesihatan yang terlibat secara langsung.

“Pelaksanaan WBB berisiko menjejaskan kesejahteraan mental dan fizikal doktor. Beban kerja yang meningkat, ditambah lagi dengan waktu kerja yang tidak menentu,” katanya.

Dr Reen Mohd Amin menyeru KKM mempertimbangkan dengan teliti pandangan semua pihak, terutamanya doktor di lapangan. – Gambar Facebook, 22 Januari, 2025

Beliau berkata, sistem penjagaan kesihatan yang kukuh memerlukan reformasi menyeluruh, termasuk peningkatan peruntukan kepada sektor kesihatan, penambahan tenaga kerja, dan memperbaiki infrastruktur. 

“WBB perlu dikaji semula dengan teliti dan sebarang keputusan hendaklah berpandukan kepada kesejahteraan petugas serta keselamatan pesakit sebagai keutamaan.

“Kami berharap agar KKM dapat memastikan bahawa sebarang perubahan dasar dibuat dengan pertimbangan yang mendalam dan adil sebelum dilaksanakan secara menyeluruh. 

“Tindakan yang terburu-buru bakal membawa kepada keruntuhan sistem kesihatan negara, sekali gus memberi impak negatif kepada penjagaan nyawa serta keselamatan pesakit di Malaysia,” katanya. – 22 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related