Konsert Pinkfish: polis sahkan kandungan darah 4 individu maut ada dadah

Ia berdasarkan laporan daripada Jabatan Kimia pada minggu lepas yang mendapati kandungan darah tujuh mangsa termasuk empat maut, mengandungi dadah

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway pada malam sambutan Tahun Baharu, disahkan mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.

Ketua Polis Subang, Wan Azlan Wan Mamat berkata, ia berdasarkan laporan daripada Jabatan Kimia yang diterima pada minggu lepas.

Beliau juga memaklumkan polis sudah merakam keterangan daripada 52 orang saksi yang terdiri rakan-rakan individu yang maut serta petugas di konsert tersebut.

Manakala seorang lagi mangsa, iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Keterangannya masih belum diambil dan menunggu kebenaran dari PPUM.

“Manakala individu yang telah dibenarkan keluar dari PPUM pada minggu lepas telah diambil keterangan dan mempunyai kandungan dadah dalam darah,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat individu yang membekalkan dadah kepada mangsa.

Pada 6 Januari lalu, polis telah merakamkan keterangan daripada penganjur konsert Pinkfish berhubung kematian empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati mereka mengambil pil ekstasi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Husein Omar Khan berkata, terdapat tujuh mangsa dalam kejadian itu tetapi hadir secara berasingan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.

“Kedua-dua hospital iaitu PPUM dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menerima tujuh orang pesakit yang telah menunjukkan simptom yang sama.

Empat daripada mereka telah meninggal dunia manakala dua pesakit masih menerima rawatan di ICU dan seorang lagi telah dicaj dari hospital,’’ katanya. – 18 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related