‘Sandwic ham’: jangan cepat melatah, siasat dulu, kata ahli akademik

Perkara yang tidak diketahui hujung pangkal kini menjadi tular dan disambut oleh seorang ahli politik terkenal yang suka membentak, kata Tajuddin

7:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang ahli akademik menegur sikap seorang ahli politik yang disifatkan sebagai cepat melatah dan ‘marah-marah’ tanpa menyiasat dengan teliti terlebih dahulu dalam isu ‘sandwic ham halal’ di Universiti Malaya (UM).

Ahli akademik dalam bidang seni bina Islam di Universiti UCSI, Profesor Mohd Tajuddin Mohd Rasdi berkata, agak menghairankan apabila isu tersebut dilaporkan kepada polis dengan cepat tanpa membuat carian mengenai defisini ham.

Meskipun Tajuddin, yang juga seorang penulis, tidak menamakan ahli politik berkenaan namun semalam, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dengan lantang membangkitkan isu mengenai sandwic ham yang diragui logo halalnya.

“Benda yang kita tidak tahu hujung pangkal kini menjadi tular, memang menjadi budaya shoot first and ask questions later (tembak dulu, tanya kemudian) dan perkara itu disambut oleh seorang ahli politik terkenal yang suka membentak-bentak dan kalau bercakap suka menuding.

“Ahli politik itu membuat tiga tuduhan iaitu dia beranggapan ham adalah daging babi, kenapa logo halal diletakkan pada sandwic yang bagi dia daging babi dan menuduh KK Mart sekali lagi menyinggung perasaan umat Islam.

“Jika kita buat sesuatu yang tidak sengaja, kita tidak faham bagaimana boleh guna perkataan mempersenda atau menghina. Kita jangan cepat sangat melatah,’’ katanya yang mengulas mengenai isu berkenaan menerusi saluran Youtube semalam.

Pada Isnin, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh mengecam rangkaian kedai serbaneka 24 jam, KK Mart kerana kedainya di Universiti Malaya didakwa menjual `sandwic ham’ yang dikatakan mengandungi daging babi dengan status halal yang diragui.

Menerusi video dalam Facebook, Akmal berkata perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia merupakan insiden kedua melibatkan kedai serbaneka berkenaan yang telah menyentuh sensitiviti orang Islam.

Sementara KK Supermart & Superstore Sdn Bhd pula telah mengambil tindakan membekukan semua urusan perniagaan dengan pembekal berkenaan.

KK Super Mart dalam kenyataannya memberitahu produk sandwic itu dikilangkan dan diusahakan oleh syarikat Shake And Bake Cafe Sdn Bhd, dan laporan polis turut dibuat ke atas syarikat itu pada 11 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, sepatutnya semua pihak tidak perlu marah dalam isu berkenaan sebaliknya teguran boleh dilakukan dengan cara yang beradab.

Menurutnya, KK Super Mart juga sudah menjelaskan bahawa sandwic berkenaan diambil daripada pengilang Shake And Bake Cafe Sdn Bhd.

“Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) kata tak pernah keluar pun (sijil halal) dan sekarang kita tunggu apa jawapan daripada pengilang. Perkara ini perlu disiasat untuk mengetahui sama ada ia daging babi atau tidak.

“Kita pun nak tahu apa ham ini, apa status dia (sandwic). Tak boleh ke tanya dengan baik. Kenapa nak kena bentak, di mana yang kata dalam agama, apabila agama kita disinggung kita terus bentak.

“Kenal Nabi kita dulu daripada orang politik yang tidak beradab langsung. Yang salahnya kita kerana kita yang akan menjawab pada Tuhan di akhirat nanti,’’ katanya. – 14 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related