KPDN serbu kilang sandwic: logo halal diperakukan pada syarikat lama, tamat 2023

Logo halal berkenaan diperakukan kepada sebuah syarikat lain yang tidak lagi beroperasi serta telah tamat tempoh pada 15 Oktober 2023

9:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Datuk Azman Adam dalam kenyataan hari ini berkata, hasil maklumat awal mendapati premis itu merupakan sebuah kilang yang membuat dan membekalkan produk roti sandwic serta menggunakan penandaan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang disyaki tamat tempoh.

Pemeriksaan lanjut, katanya mendapati logo halal yang dilekatkan pada produk roti sandwic itu ialah logo yang diperakukan kepada sebuah syarikat lain.

“Syarikat lain yang tidak lagi beroperasi dan telah menjual perniagaannya kepada syarikat yang diserbu.

“Sijil pengesahan halal tersebut juga disahkan telah tamat tempoh pada 15 Oktober 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pemeriksaan yang dijalankan oleh Jakim ke atas produk sandwic ‘ham and cheese’ yang dibekalkan di Universiti Malaya (UM) mengesahkan ia tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Jakim memberitahu, syarikat yang menghasilkan produk berkenaan juga bukan pemegang SPHM.

Dalam pada itu, Azman berkata KPDN juga akan menghantar sampel sandwic tersebut ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan pengesahan tentang kandungan sebenar yang digunakan dalam penghasilan sandwic tersebut. 

KPDN juga, katanya, telah menyita pelbagai jenis roti sandwic, sebuah komputer, mesin pencetak dan beberapa dokumen perniagaan yang berkaitan.

Azman memberitahu, kes itu disiasat kerana melanggar Perenggan 4(1) Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan menjadi kesalahan di bawah Perenggan 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Beliau juga memaklumkan serbuan itu susulan aduan yang diterima oleh pihak Jakim dan tular melalui aplikasi TikTok berkaitan penggunaan perakuan logo halal yang meragukan pada produk roti sandwic yang dijual di beberapa premis pasar raya terkemuka sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Justeru Azman mengingatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya serta lebih berhati-hati dalam memilih produk yang mempunyai sijil halal. 

“Pastikan sijil halal tersebut adalah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa berwibawa. Maklumat dan aduan berkaitan halal boleh disemak di Portal Halal Malaysia melalui laman sesawang halal,” katanya. – 13 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related