IRC 2025: Kelestarian alam sekitar tidak semestinya satu kerugian: Airbus

Sesi mengenai kelestarian melihat bagaimana teknologi hijau boleh dicapai dan pada masa sama tetap memberikan keuntungan

10:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Langkah-langkah kelestarian alam sekitar yang dijalankan oleh syarikat korporat dan pemain industri harus dilihat sebagai peluang untuk berkembang dan bukannya sebagai ‘kos’, kata Ketua Airbus Defence and Space Asia Pasifik, Zakir Hamid.

Beliau yang merupakan ahli panel pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025, di Hotel Grand Hyatt di sini mengakui bahawa keseimbangan antara keuntungan dan tanggungjawab sosial bagi syarikat boleh menimbulkan cabaran tertentu.

Bagaimanapun, katanya, terdapat cara bagi syarikat untuk merangka strategi perniagaan mereka sedemikian rupa bagi mencapai matlamat kelestarian di samping menjana keuntungan yang adil.

Untuk itu, katanya, Airbus mempunyai pesawat yang beroperasi dalam keadaan lebih ringan dan senyap di samping lebih cekap bahan api dengan kadar pelepasan yang lebih rendah.

“Ia menyampaikan secara konsisten kepada keperluan pelanggan. Jika anda berfikir demikian, ia bukan sahaja konsisten dengan matlamat dan objektif kelestarian malah lebih dari itu, ia juga menguntungkan,” kata Zakir pada forum di IRC bertajuk ‘The Transformation of Global Energy and Natural Resources through Technology Towards Sustainable Approaches’.

Beliau juga berkata, Airbus membantu organisasi memerangi perubahan iklim dengan menggunakan 20 satelit Airbus di orbit yang memantau keadaan bumi.

Imej satelit, tambahnya, memberikan manfaat kepada bantuan kemanusiaan dan langkah-langkah bantuan bencana selepas krisis alam dengan menilai tahap kerosakan sekali gus membantu pihak berkuasa memberikan bantuan yang diperlukan mangsa.

“Di dalam Airbus sendiri, kami sentiasa menambahbaik operasi. Kami komited terhadap sasaran berasaskan sains bagi pelepasan karbon dioksida dan kami juga telah memulakan rancangan untuk mengurangkan jejak alam sekitar untuk operasi global kami menjelang 2030.’’

Hari ini merupakan hari terakhir forum dua hari yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sesi mengenai kemampanan teknologi ini turut disertai oleh ahli panel seperti Ketua Pegawai Korporat Telekom Malaysia’s (TM), Nor Fadhilah Mohd Ali dan Zaliha Mohamad Ali yang merupakan pengurus besar untuk bahagian strategi dan perancangan digital Sarawak Energy Bhd.

Moderator sesi ini ialah Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Ahmad Nasruddin ‘Atiqullah Fakrullah.

Sementara itu, Nor Fadhilah turut menyeru syarikat-syarikat supaya mengambil kira penglibatan komuniti yang bertujuan untuk memastikan inklusi digital dalam kalangan masyarakat adalah salah satu tiang utama kelestarian.

‘Di TM, kami menjadikan misi agar tidak ada yang akan tertinggal apabila negara menikmati kemakmuran dengan membina negara yang berfungsi tinggi dan digital sepenuhnya.

“Penggunaan teknologi memang hebat, tetapi ia menjadi lebih hebat jika kita sebagai rakyat Malaysia dapat memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam perlumbaan digital,” tambahnya, sambil menyatakan bahawa TM, sebagai salah satu penyedia perkhidmatan rangkaian terbesar di negara ini, telah melibatkan pelbagai kementerian sebagai sebahagian daripada usahanya.

IRC yang diadakan selama dua hari menjadi forum global yang menghimpunkan pengawal selia, pemimpin industri dan pakar untuk membincangkan mengenai pelbagai topik termasuk peraturan telekomunikasi, keselamatan siber dan kesan kesan kecerdasan buatan (AI). – 8 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related