MCMC anjur Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025

Perbincangan akan merangkumi topik seperti transformasi kawal selia, kerjasama antarabangsa dan peranan transformasi teknologi di seluruh sektor utama

8:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 pada 7 dan 8 Jan ini, menandakan pencapaian penting dalam perbincangan global mengenai teknologi dan tadbir urus.

Bertemakan Leaping into the Quantum Frontier: Regulation and Innovation in the Tech Era, persidangan selama dua hari di sebuah hotel di sini, akan membincangkan landskap digital yang berkembang, dengan fokus kepada teknologi termaju dan rangka kerja pengawalan penting dalam menangani cabaran dan peluang era moden.

Menurut laman mikro IRC 2025, persidangan yang akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil itu akan menjadi platform untuk pengawal selia serantau, pemimpin industri dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan dari seluruh dunia bertukar pandangan serta merangka strategi untuk masa depan teknologi yang tahan lasak dan mampan.

Persidangan berkenaan akan menampilkan agenda dinamik termasuk dialog berimpak tinggi, perbincangan santai serta ucap tama, kesemuanya bertujuan memupuk kerjasama, inovasi dan perbincangan yang mendalam.

Perbincangan akan merangkumi topik seperti transformasi kawal selia, kerjasama antarabangsa dan peranan transformasi teknologi di seluruh sektor utama.

Dengan kehadiran penceramah terkemuka termasuk pembuat dasar dan pakar global, IRC 2025 bakal menawarkan peluang amat berharga untuk perkongsian pengetahuan, rangkaian dan pembentukan masa depan kawal selia serta teknologi.

MCMC melihat IRC 2025 sebagai platform untuk mempromosikan kerjasama, rangsangan inovasi dan memacu perbincangan yang mendalam berkaitan era teknologi. – 2 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related