Tun Musa Aman lafaz sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah

Musa menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada 17 Dis lalu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur

12:53 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Musa yang diiringi isteri Toh Puan Faridah Tussin sebelum itu tiba di Dewan Istiadat pada jam 10.11 pagi, sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira pukul 10.22 pagi.

Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli, sebelum Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan melafaz ikrar taat setia.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu Jaafar kemudian membacakan doa memohon kesejahteraan negeri di bawah naungan Musa, sebelum Yang Dipertua Negeri Sabah itu meninggalkan istiadat pada jam 10.43 pagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong.

Pada 17 Disember, Musa menerima watikah pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.

Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Dis, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Jan 2011. – 1 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related