Hukuman sebat bukan bertujuan menghukum secara kejam: Ketua Hakim Syarie

Ia lebih kepada mendidik, mencegah dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga nilai-nilai agama

4:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga nilai-nilai agama. 

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Mohd Amran Mat Zain berkata hukuman itu dijalankan dengan mengambil kira prinsip kemanusiaan dan dilakukan dengan penuh etika. 

“Contohnya pegawai perubatan akan memastikan keadaan kesihatan pesalah sebelum dan selepas pelaksanaan hukuman, manakala alat sebatan juga direka khas untuk mengurangkan risiko kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi memberikan penjelasan dan konteks yang tepat berkenaan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu, yang telah menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.

Mohd Amran berkata hukuman sebatan di luar penjara itu adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah dan enakmen negeri yang relevan, dan pelaksanaannya mematuhi garis panduan yang dibangunkan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti JKSM, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan, dan pihak berkuasa agama negeri. 

“SOP ini tidak menyebut tentang kehadiran khalayak awam secara umum, apatah lagi dalam jumlah besar. Sebaliknya ia menekankan aspek privasi, pengurusan tertib, dan pematuhan kepada undang-undang serta etika. Hal ini penting bagi memastikan pelaksanaan hukuman tidak disalahertikan atau dijadikan tontonan yang sensasi,” katanya.

Beliau berkata Malaysia adalah negara yang unik dengan wujudnya dua undang-undang iaitu undang-undang sivil dan syariah yang secara khusus mengatur hal-hal berkaitan umat Islam di samping undang-undang adat di Sabah dan Sarawak. 

“Dalam konteks ini penting untuk masyarakat memahami bahawa pelaksanaan hukuman ini adalah sebahagian daripada usaha menegakkan keadilan dan menjaga kesejahteraan masyarakat menurut prinsip agama,” katanya.

Mengenai kebimbangan mengenai islamofobia, Mohd Amran berkata beliau percaya ia tidak sama sekali berbangkit dalam pelaksanaan hukuman sebat ini kerana kehadiran pihak luar menyaksikan pelaksanaannya adalah tertakluk kebenaran mahkamah syariah, dan lokasi yang ditetapkan adalah di masjid. 

“Maka adalah pasti ia hanya disaksikan oleh orang Islam sahaja dan  jelas sekali hukuman tersebut bagi menyedarkan umat Islam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama,” katanya.

Semalam hukuman sebat di khalayak ramai terhadap buruh yang melakukan kesalahan khalwat berulang dilaksanakan di Dewan ‘Aasim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Terengganu selepas solat Jumaat, menjadikan pesalah berumur 42 tahun itu yang mengaku bersalah berkhalwat buat kali ketiga, sebagai individu pertama di Terengganu disebat di khalayak ramai. – 28 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related