Kerajaan Madani tidak wajibkan namun beri galakan pengusaha mohon sijil halal: Teo Nie Ching

Kelantan sebaliknya mensyaratkan pemilik dan pengusaha premis berasaskan makanan serta minuman memiliki SPHM sebagai syarat untuk memperbaharui lesen perniagaan

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani tidak mewajibkan pengusaha makanan dan minuman mendapatkan sijil halal namun menggalakkan dan menyokong usaha mereka untuk berbuat demikian.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata kerajaan akan menjalankan pelbagai inisiatif berkaitan permohonan kerana diakui lesen halal dikeluarkan Malaysia diiktiraf di seluruh dunia.

“Pendirian kerajaan pusat adalah kami tidak mewajibkan tetapi akan terus bagi inisiatif dan pelbagai program untuk membantu mereka yang berminat untuk mendapatkan sijil halal.

“Ini kerana sijil halal mempunyai ‘extra value’ (nilai tambah) dan Malaysia merupakan ‘halal hub’ diiktiraf di seluruh dunia dan kita sangat berbangga dengan perkara itu,” katanya kepada pihak media.

Teo ditemui ketika menziarahi pelakon veteran Sathia Periasamy, 60, atau lebih dikenali dengan nama pentas Sathia di kediamannya di Rumah Pangsa DBKL, Setapak Jaya di sini, hari ini.

Menurut Teo, pendirian kerajaan untuk tidak mewajibkan sijil halal kerana memahami tidak semua pengusaha berkemampuan untuk membayar kos permohonan lesen halal yang turut melibatkan pelbagai proses saringan ketat sebelum berjaya memperolehinya.

“Antara sebab kerajaan tidak mewajibkan untuk semua (pengusaha makanan dan minuman) kerana faham ia memerlukam satu prosedur yang ketat termasuk melibatkan kos, jadi bukan semua yang mampu.

“Jadi saya rasa ini (sama ada nak mohon sijil halal) terpulang kepada operator (pengusaha makanan dan minuman),” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan negeri Kelantan mensyaratkan pemilik dan pengusaha premis berasaskan makanan serta minuman memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai syarat untuk memperbaharui lesen perniagaan.

Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, setakat ini pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mewajibkan perkara tersebut. – 27 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related