Geran penyelidikan UIRC beri sumbangan kepada pembangunan industri arkeologi

Jika sebelum ini penyelidikan lebih tertumpu kepada penerbitan jurnal akademik, kali ini UIRC mahu hasil dapatannya diaplikasikan dalam pembangunan industri

8:25 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penglibatan YTL Cement dalam pemberian geran Konsortium Penyelidikan Universiti-Industri (UIRC) membuktikan pemain industri turut memainkan peranan penting dalam aspek pemuliharaan dan penyelidikan landskap kars tropika.

Pengarah UIRC, Profesor Emeritus Datuk Ibrahim Komoo berkata tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari YTL Cement itu membolehkan hasil dapatan penyelidikan digunakan untuk pembangunan industri.

Pengarah Konsortium Penyelidikan Universiti-Industri (UIRC), Profesor Emeritus Datuk Ibrahim Komoo (duduk empat dari kanan) dan YTL Cement executive director Datuk Hamidah Maktar (duduk empat dari kiri) bergambar bersama barisan pensyarah muda dan pelajar cemerlang yang menerima Geran Industri Penyelidik Muda. – Gambar UIRC, 23 Disember, 2024

“UIRC berhasrat untuk menghidupkan budaya penyelidikan secara individu agar pensyarah-pensyarah muda yang terpilih menerima geran dapat membina kekuatan diri dalam research yang dilakukan.

“Jika sebelum ini, penyelidikan lebih tertumpu kepada penerbitan jurnal akademik, kali ini UIRC mahu hasil dapatannya diaplikasikan dalam pembangunan industri.

“Sebagai contoh, hasil penyelidikan menunjukkan sesuatu kawasan itu sesuai dijadikan sebagai lokasi pelancong atau pelombongan bijih timah, sekali gus memberi rujukan buat pemain industri (syarikat berkaitan),” katanya kepada Scoop.my.

Ibrahim ditemui pada Simposium 2024: Landskap Kars Tropika: Cabaran Pemuliharaan dan Penggunaan Lestari di sini, hari ini.

Sementara itu, pakar arkeologi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan, Profesor Datuk Mokhtar Saidin berkata pemberian biasiswa dan geran penyelidikan buat julung kali diadakan UIRC dengan kerjasama YTL Cement dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menunjukkan bidang itu semakin menunjukkan kemajuan dari masa ke semasa.

“Jika dulu masa zaman saya belajar, tak ramai pelajar ambil jurusan arkeologi.

“Namun, selari dengan peredaran masa saya nampak kemajuan positif dari tahun ke tahun, malah ramai pelajar perempuan menunjukkan minat dalam bidang ini (yang lebih dipelopori pelajar lelaki sebelum ini).

“Diharap dengan pemberian geran ini, kita harap akan lebih banyak hasil dapatan dapat memberi sumbangan kepada industri arkeologi negara secara menyeluruh,” katanya.

Dalam simposium itu, lima pensyarah yang menerima tawaran Geran Industri Penyelidik Muda ialah Dr Mohd Al Farid Abraham dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Khor Wei Chung (UMS), Dr Shaiful Idzwan Shahidan (Universiti Kebangsaan Malaysia), Dr Muhd Nur Ismail Abdul Rahman (Universiti Malaysia Terengganu) dan Dr Mohd Shazwan Mokhtar (UKM).

Mereka menerima geran RM30,000 daripada dana Biasiswa MyBrain 2.0.

Manakala, enam pelajar cemerlang yang menerima biasiswa tersebut ialah Siti Noor Syafarehan Mohd Isa (UKM), Nurul Azira Mohd Zamziba (UKM) dan Nurul Hazlina Acheh (Universiti Malaysia Sarawak).

Tiga pelajar UMS yang terpilih ialah Nesda Rojuin, Hilda Tee Suiwei dan Shaelza Shaca Shalmon. – 23 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related