Dihujani komen netizen minta bayar hutang Mara hampir RM1 juta, Rozita Che Wan ligat jual Kaftan

2:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketika namanya terpalit dengan isu kebankrapan kerana gagal menjelaskan hutang hampir RM1 juta, pelakon Rozita Che Wan, 51, masih ligat berniaga pakaian menerusi hantaran di Instagramnya.

Rozita atau Che Ta mempromosikan baju kaftan Che Ta meskipun terdapat komen-komen daripada netizen yang mempersoalkan kenapa pelakon itu tidak membayar hutang pinjaman dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Che Ta juga ligat menjual pakaian terpakai menerusi platform media sosial termasuk TikTok.

Netizen pula menggunakan platform media sosial pelakon itu untuk mengasaknya dengan bertanya mengenai situasi yang dialaminya ketika ini, tetapi tidak diendahkan oleh Che Ta.

Tidak kurang pula yang meminta Che Ta mengeluarkan kenyataan dan tidak berdiam diri melibatkan isu kebankrapan tersebut. Mereka turut membidaskan supaya melunaskan hutang.

“Bayar Mara la…tak malu ke…tak yah nak tunjuk.

“Pelajar bawah Mara yang mahu mohon pinjaman, ada yang dapat separuh, ada yang tidak dapat langsung, artis mohon pinjaman untuk perniagaan bagi jangka panjang, laju je lulus,’’ demikian antara luahan netizen yang meminta Che Ta menjelaskan hutang.

Bagi yang memberikan sokongan pula, membidas netizen yang memberikan komen negatif kepada selebriti tersebut sebaliknya kata mereka lebih baik beli pakaian yang dijual Che Ta untuk membantunya.

“Yang sibuk sangat tepi kain orang kenapa? Faham tak maksud senarai hitam? Tak pernah buat pinjaman ke, dah habis bayar belum.

“Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat perli dan kutuk mengutuk,’’ kata mereka.

Semalam laporan media menyebut bahagian undang-undang Mara telah melaksanakan proses pemfailan kebankrapan untuk mendapatkan semula wang pinjaman berjumlah RM960,000.

Tindakan itu diambil setelah pelakon itu gagal melunaskan hutang dalam tempoh tujuh tahun sehingga membawa kes itu ke mahkamah.

Proses berkenaan difailkan ke atas Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28 tahun.

Difahamkan, pinjaman Mara berjumlah RM960,000 yang dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya itu sebagai penjamin.

Julai lalu, Mara sudah memfailkan notis kebankrapan kepada Che Ta dan anaknya, namun ditarik balik berikutan wujudnya isu teknikal sebelum meneruskan tindakan writ penyitaan dan penjualan (WSS) harta pada Selasa lalu.

Pada Selasa, pelbagai barang bernilai RM100,000 di rumah Che Ta telah disita oleh mahkamah dan writ turut diserahkan kepada ibunya, yang ketika itu berada di kediaman tersebut. – 14 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related