Peguam Zaharil akan bantu ibu bapa bayi dibeku dapatkan keadilan

Zaharil turut meminta ibu bapa bayi tersebut bertemunya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas hospital tersebut

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar akan membantu ibu bapa kepada bayi yang dibekukan di sebuah hospital swasta di Klang, untuk mendapatkan keadilan.

Menerusi siaran langsung di TikTok miliknya, Zaharil meminta ibu bapa bayi yang diberi nama Muhammad Adham Mikail untuk bertemunya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas hospital tersebut.

“Apabila dia tidak bayar (kos perubatan), itu elemen jenayah, kenapa tak bawa ke balai polis.

“Faktanya jasad disimpan selama dua minggu, anak sudah meninggal dunia,’’ katanya.

Kisah pilu kes berkenaan telah didedahkan oleh unit pengurusan jenazah Islam Mr Wan Chai Official yang menceritakan mengenai mayat bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna, ‘ditahan’ di dalam peti sejuk beku sehingga dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang.

Kejadian ini berlaku selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar kos kelahiran bayi tersebut yang dianggarkan sebanyak RM3,600 hingga menyebabkan mereka tidak dibenarkan menuntut bayi itu untuk dikebumikan.

Bagaimanapun hospital berkenaan, Hospital Bersalin Razif (HBR) menafikan dakwaan pihaknya ‘sengaja’ menahan jenazah bayi lelaki itu seperti tular di media sosial.

Menerusi kenyataan dikongsikan di media sosial, pihak pengurusan hospital berkata selepas bayi tersebut disahkan meninggal dunia pada 24 November lalu, permit untuk mengebumikan jenazah sudah ditandatangani dan mereka telah memaklumkan kepada bapa bayi tersebut untuk menguruskan upacara pengebumian pada keesokan hari.

Namun, pihak hospital mengatakan mereka mengalami kesukaran untuk berbincang dengan bapa bayi tersebut berhubung hal pengebumian anaknya dari sehari ke sehari.

Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) telah memulakan siasatan terhadap dakwaan sebuah hospital swasta itu.

Jelas beliau, siasatan itu dilakukan oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).

“Saya secara jujur mahukan semua pihak bertenang dan mengizinkan untuk pihak berwajib yang menjalankan siasatan termasuk CKAPS pun turun sama (menyiasat),’’ katanya.

Sementara itu, Wan Cai turut memuatnaik dalam Facebooknya mengenai kesudian Zaharil untuk membantu.

“Alhamdulillah, terima kasih Dato Ahmad Zaharil Muhaiyar sudi bantu ibu bapa baby Adham dapatkan keadilan,’’ tulisnya di media sosial.

Dalam pada itu, Ahmad Zaharil turut memberitahu beliau akan membuat siaran langsung di TikTok pada 9 malam ini bersama bapa bayi tersebut.

Zaharil berkata, beliau dihubungi Wan Cai yang menyatakan bapa bayi tersebut sudah bersedia untuk siaran langsung berkenaan. – 12 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

Related