‘Platform media sosial sangat berkuasa, undang-undang lama tidak lindungi kita lagi’ kata bekas hakim

Pelesenan media sosial yang akan dikuatkuasakan negara wajar memastikan penggunaan budi bicara dalam menangani sesuatu isu berbangkit

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen menyokong penuh tindakan Australia yang menguatkuasakan larangan terhadap bawah umur 16 tahun daripada menggunakan media sosial.

Beliau senada dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bahawa platform media sosial menjadi sangat berkuasa sehinggakan sesiapa sahaja boleh menghantar mesej.

Trick Lama yang diterajui Ketua Pengarang Kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez (dua kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zainul Arifin (kanan) dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (kiri) sempat mengabadi kenangan bersama tetamu istimewa mereka bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi (tengah) dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen (dua kanan). – Gambar Scoop, 11 Disember, 2024

“Satu-satunya cara untuk mengelakkannya ialah lima pemain besar industri, pemilik platform seperti Meta, Instagram, TikTok …..dan di situlah saya menyokong penuh tindakan Australia terhadap larangan bawah umur 16 tahun daripada menggunakan media sosial.

“Pada pandangan saya itu adalah langkah pertama, akan ada lebih banyak lagi akan datang, undang-undang yang sudah lama tidak lagi boleh melindungi kita,’’ katanya.

James dan Zaki menjadi tetamu dalam podcast Scoop, Trick Lama, baru-baru ini.

Trick Lama diterajui Ketua Pengarang Kumpulan Big Boom Media, Terence Fernandez, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zainul Arifin dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan.

Pada November lalu, penggubal undang-undang di Australia meluluskan peraturan melarang kanak-kanak bawah 16 tahun daripada menggunakan media sosial, iaitu satu tindakan paling tegas di dunia.

Undang-undang yang diluluskan oleh Senat Australia itu turut mencadangkan denda berat sehingga AU$50 juta (AS$32 juta) bagi platform yang gagal mematuhi peraturan itu.

Sementara Malaysia pula bakal melaksanakan pelesenan platform media sosial mulai Januari 2025 bagi mengatasi masalah dalam internet khusus melibatkan buli siber dan jenayah dalam talian.

Ogos lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Zaki pula memberitahu, pelesenan media sosial yang akan dikuatkuasakan itu wajar memastikan penggunaan budi bicara dalam menangani sesuatu isu berbangkit.

Menurutnya, perundangan atau kawal selia yang dibuat juga perlu memastikan bila dan bagaimana menangani penggantungan lesen operasi sesuatu platform.

“Seperti semua pelesenan, apa jua pelesenan, pada akhirnya ia bergantung bagaimana anda menggunakan budi bicara dalam menangani isu, (atau) bila dan bagaimana untuk berhenti menggantung lesen mereka (platform media).

“Jika disalahguna (media sosial), itulah keburukan yang anda semua lalui. Bila ia akan berhenti? pada akhirnya orang awam yang harus memutuskannya.

“Mengambil contoh Uber, saya nyatakan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa adalah haram untuk membenarkan Uber kerana mereka beroperasi dengan kenderaan yang tidak mempunyai lesen dan tidak dilindungi insurans.

“Lihat apa berlaku sekarang (kepada Uber), kuasa orang ramai begitu kuat sehingga undang-undang boleh dibuang ke dalam tong sampah, akhirnya suara rakyat adalah yang paling penting,” katanya. – 11 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related