Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia

RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian dengan 59 Ahli Parlimen bersetuju manakala 40 tidak menyokong, seorang tidak mengambil bahagian serta 122 tidak hadir

9:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menerusi undi belah bahagian tanpa kehadiran 122 Ahli Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, 59 Ahli Parlimen bersetuju manakala 40 tidak menyokong.

Seorang Ahli Parlimen tidak mengambil bahagian.

Dalam penggulungannya sebelum undian dijalankan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (PH – Lembah Pantai) memberi jaminan pindaan tersebut akan memberi ruang kepada kebebasan bersuara untuk dipertahankan di mahkamah.

Merujuk kepada pindaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998, terutamanya mengenai penyalahgunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, Fahmi menekankan bagaimana pindaan tersebut memberikan penjelasan terperinci tentang kandungan yang dianggap sebagai kesalahan.

“Fokus kita adalah untuk memperinci dan menjelaskan bagi penjelasan yang tidak menyeluruh tetapi boleh bertindak sebagai panduan untuk mengurangkan skop dan memberi bantuan bukan hanya kepada pendakwa raya, tetapi juga peguam bela dalam merumuskan hujah mereka.

“Jika dilihat kepada Penjelasan 6(d), sebarang komunikasi yang dibuat dengan niat baik tidak dianggap sebagai sangat menyinggung selagi komunikasi tersebut mengandungi kenyataan fakta yang benar.

Ketika ditanya oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda – Muar) kenapa tidak dipinda akta itu untuk memansuhkan Seksyen 233 yang kontroversi, Fahmi berkata seksyen itu penting untuk mencegah jenayah dalam talian.

Jelasnya, Seksyen 233 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) tidak dimansuhkan untuk mengelak penyalahgunaan rangkaian oleh mana-mana pihak bagi tujuan komersial khususnya penjualan pornografi dan pedofilia.

“Isu bagi Seksyen 233 ini asasnya adalah penyalahgunaan rangkaian. Sekiranya ia dimansuhkan keseluruhan seksyen ini, itu yang akan membolehkan penjenayah scammer (penipu) dan pedofilia akan berleluasa,” katanya.

Beliau juga menolak kebimbangan yang dibangkitkan oleh 24 Ahli Parlimen yang bimbang pindaan itu akan mensasarkan pengkritik kerajaan.

‘Sejujurnya, saya, bersama dengan Ahli Parlimen Tambun (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) membenarkan dan (mengakui) kita perlu mendengar kritikan,” katanya.

Sementara itu, Seksyen 211 antaranya meminda perkataan ‘kandungan jelik’ dengan ‘kandungan yang sumbang dan lain-lain’.

Manakala dalam Seksyen 211 (b)(1) memotong perkataan ‘atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan serta menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan’ serta menggantikan perkataan ‘jelik’ dengan perkataan ‘jelik melampau’.

RUU itu antara lain turut menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

Bagi pindaan Seksyen 211 pula, beliau berkata ia tidak terpakai kepada orang awam tetapi penggunaannya adalah kepada pemegang lesenPemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) dengan denda dalam seksyen tersebut diselaraskan mengikut perkembangan semasa.

“Denda sedia ada dalam akta ini berpandu kepada nilai ringgit pada 1998. Dari segi industri terutama bagi industri telekomunikasi kita dapati banyak daripada denda kompaun yang dikenakan tidak selaras dengan contohnya pendapatan syarikat telco hari ini. Maka kita lihat ada keperluan menyelaraskannya,” katanya.

Menerusi rang undang-undang itu, Seksyen 211 antaranya meminda menggantikan perkataan ‘kandungan jelik’ dengan perkataan ‘kandungan yang sumbang dan lain-lain’ manakala dalam Seksyen 211 (b)(1) memotong perkataan ‘atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan’ serta menggantikan perkataan ‘jelik’ dengan perkataan ‘jelik melampau’. – 9 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Related