Polis siasat penyanyi rap dakwa dirakam penguatkuasa PBT di rumah urut

Serbuan dijalankan oleh pasukan bahagian operasi MPSJ di sebuah pusat kecantikan (rumah urut) di Subang Jaya

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung dakwaan penyanyi rap, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen yang mendakwa dirinya dirakam secara rahsia ketika serbuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya, Rabu lalu, akan dijalankan secara menyeluruh.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian itu, serbuan dijalankan oleh pasukan bahagian operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sebuah pusat kecantikan (rumah urut) di Subang Jaya.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat oleh pengadu berkenaan serbuan MPSJ yang diviralkan dalam media sosial oleh suspek manakala suspek juga membuat laporan dia dirakamkan tidak berbaju semasa diurut.

Wan Azlan memberitahu, ketika serbuan, pengadu mengarahkan anggotanya merakamkan video untuk mengambil gambar bagi membuktikan aktiviti berkaitan dengan urutan selain pemeriksaan lesen perniagaan.

“Hasil pemeriksaan, premis itu tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dan MPSJ dan menyalahi undang-undang di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013.

“Semasa pemeriksaan, pasukan itu telah diprovokasi oleh seorang wanita tempatan dengan tidak memberikan kad pengenalan dan mempertikaikan tindakan dokumentasi yang dijalankan.

“Hasil siasatan awal, suspek turut merakam tugas pihak serbuan menggunakan telefon bimbitnya.

“Pengadu bersama suspek turut membuat pemeriksaan telefon bimbit anggotanya yang merakam video dan mendapati tiada gambar atau video suspek dan pengadu juga menjelaskan telah mengikut SOP yang ditetapkan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu seorang penyanyi rap Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafile mendakwa pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merakamkan secara rahsia ketika dia tidak berpakaian semasa menjalani perkhidmatan urutan di Subang Jaya.

Dia mendakwa pegawai terbabit memasuki premis itu serta merakamkan video dirinya yang hanya ditutupi dengan tuala.

Wan Azlan berkata siasatan dibuat berdasarkan laporan yang dibuat oleh kedua-dua pohak di bawah Sekyen 186/ 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan kerja-kerja jawatannya, mengaibkan kehormatan serta penularan video penugasan operasi yang dijalankan MPSJ. – 7 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related