U Mobile sumbang RM3 juta pada Dana Ihsan Madani, sedia internet percuma di PPS

Selain sumbangan kewangan, U Mobile turut menyediakan perkhidmatan internet percuma di PPS di kawasan terjejas

7:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – U Mobile sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka yang terjejas dengan banjir untuk kekal berhubung dengan menyediakan perkhidmatan internet percuma di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di kawasan yang terlibat.

Dalam kenyataannya, U Mobile juga berkata, selain itu, bagi meringankan beban yang dialami oleh lebih 150,000 mangsa yang terjejas dengan banjir, syarikat telekomunikasi itu turut menyumbang sumbangan sebanyak RM3 juta untuk Dana Ihsan Madani.

“Perkhidmatan internet percuma ini turut memberikan manfaat kepada pekerja bantuan di sekitar kawasan tersebut, membolehkan mereka menyelaras usaha bantuan dan penyelamatan dengan cekap.

“Sebagai sebahagian daripada usaha bantuan, U Mobile juga bekerjasama rapat dengan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)  untuk menyediakan kesalinghubungan percuma di PPS, memastikan mereka yang terjejas dapat terus berhubung dengan orang tersayang, serta meningkatkan kecekapan operasi bantuan dan penyelamatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) U Mobile, Wong Heang Tuck.

Heang Tuck dalam pada itu menyerahkan cek simbolik sebanyak RM3 juta kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani di Kompleks Seri Perdana hari ini.

Mengenai sumbangan kepada Dana Ihsan itu, ia merupakan inisiatif terbaru dari U Mobile, malah pada November, syarikat itu telah bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam sistem SMS amaran awal banjir agensi berkenaan.

Pada Julai, U Mobile bekerjasama dengan MERCY Malaysia untuk menyediakan bantuan kepada komuniti yang terjejas oleh banjir di Penampang, Sabah. 

“Pada tahun-tahun sebelumnya, U Mobile juga telah bekerjasama dengan pelbagai NGO dan juga Kementerian Komunikasi dalam bantuan banjir, melalui sumbangan wang tunai, barangan serta usaha sukarelawan oleh kakitangan U Mobile untuk membantu mereka yang terjejas oleh banjir,’’ katanya.

Dalam pada itu, jumlah mangsa di negeri-negeri terjejas banjir pagi ini merekodkan penurunan kepada 65,899 orang berbanding 67,453 orang malam tadi. 

Kelantan, Pahang dan Johor merekodkan sedikit peningkatan dari segi jumlah mangsa banjir manakala tiga negeri iaitu Terengganu, Perak dan Kedah berkurangan sementara Melaka kekal – 4 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related