2 warga emas lemas ketika pantau ternakan dalam banjir di Kelantan

Kematian mereka menjadikan korban banjir seramai lima orang di negeri itu, sehingga kini

6:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua warga emas lemas ketika sedang memantau binatang ternakan mereka, dalam kejadian berasingan di Kampung Kuala Sat dan Gelung Gajah, di Kelantan, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata, kedua-dua mangsa adalah lelaki warga emas berusia 72 serta 78 tahun dan kematian mereka menjadikan korban banjir seramai lima orang di negeri itu, sehingga kini.

Dalam kejadian pertama, mangsa yang berusia 72 tahun di Kampung Kuala Sat dikatakan melihat ternakan lembunya di parit sebelum ditemukan lemas oleh ahli keluarga jam 8 pagi tadi.

Sementara dalam kes kedua, warga emas itu melihat kambing di rakit yang dijadikan tempat perlindungan ternakan itu, lapor Buletin TV3.

“Mangsa lemas ketika memantau haiwan peliharaan itu di rumah rakit bersebelahan rumahnya dengan menaiki perahu,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Pada Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam air di sebuah rumah di Kampung Cherang Melintang, Tumpat.

Kejadian yang berlaku pada 11.30 malam itu hanya disedari ibu selepas anaknya didapati tidak tidur di sisinya dan selepas mencari ditemukan mangsa terapung di tingkat bawah rumah.

Bayi berkenaan merupakan korban ketiga mangsa banjir di Kelantan, selain seorang lelaki berusia 35 tahun terkena renjatan elektrik dan seorang lelaki berusia 64 tahun di percayai lemas di Machang.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff memberitahu, pihak berkuasa sudah menasihati keluarga kedua-dua mangsa agar berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) lebih awal namun enggan dipatuhi.

Katanya lagi, ia berikutan sayang untuk meninggalkan ternakan dan sanggup berulang-alik menaiki perahu untuk ke tempat ternakan.

“Kita menasihati orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya. – 1 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

Related