Banjir 7 negeri: 124 stesen pemancar komunikasi terjejas, MCMC menangani secara proaktif

Sejumlah 47 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) juga tidak dapat beroperasi disebabkan kerosakan fasiliti

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 124 stesen pemancar komunikasi dilaporkan masih terjejas akibat banjir dan 47 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) tidak dapat beroperasi disebabkan kerosakan fasiliti.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah liputan telekomunikasi di kawasan banjir.

“Antaranya termasuk menyelaras kerja-kerja baik pulih infrastruktur komunikasi agar penduduk dapat terus berhubung semasa bencana.

“InsyaAllah saya akan bincang dengan MCMC dan juga Jabatan Penerangan untuk mengerahkan pasukan Komuniti Madani dari negeri-negeri yang tidak terkesan ataupun negeri-negeri yang berjiran untuk membantu dalam usaha pembersihan selepas air surut nanti.

“MCMC juga akan susuli dengan sejumlah bantuan yang mereka akan umumkan nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian penutupan Karnival Komunikasi 2024 yang berlangsung di IWK Eco Park, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan kementeriannya juga telah mengaktifkan Tabung Bantuan Bencana Banjir yang ditubuhkan pada 2022 bagi meringankan beban 54 pengamal media yang terkesan akibat bencana banjir.

Fahmi berkata beliau akan ke kawasan bencana, seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua jemaah menteri turun padang membantu mangsa bah.

“InsyaAllah dalam masa terdekat sama ada dalam proses pembersihan ataupun lebih awal daripada itu, saya akan turun seperti arahan Perdana Menteri.

“Saya juga telah minta MCMC untuk segera membuat pergesahan status internet di semua 679 PPS (pusat pemindahan sementara) agar sambungan Internet berjalan lancar di kawasan terbabit.

Terkini, keadaan banjir di tujuh negeri pagi ini semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini mencecah lebih 120,000 orang berbanding 106,505 orang dilaporkan malam tadi. – 30 November, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related