Mufti Perlis, Dr Maza saman GISB RM10 juta

Dr Maza mendakwa defendan pertama (GISB) menerbitkan pernyataan fitnah terhadap beliau melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasmi defendan pertama atas nama 'GISB Holdings Sdn Bhd' beserta sebuah poster untuk tontonan umum

5:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin telah memfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Oktober lepas, menerusi menerusi Tetuan Faizal Rahman & Co dengan menamakan GISB dan Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran syarikat itu Mokhtar Tajuddin sebagai defendan pertama dan kedua, dipetik dari Bernama.

Menerusi pernyataan tuntutan yang diperoleh media hari ini, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza mendakwa defendan pertama (GISB) menerbitkan pernyataan fitnah terhadap beliau melalui satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook rasmi defendan pertama atas nama ‘GISB Holdings Sdn Bhd’ beserta sebuah poster untuk tontonan umum.

Plaintif mendakwa sidang media yang diadakan pada 29 Ogos lepas antara lain membawa maksud bahawa plaintif telah memfitnah GISB dan menyebarkan pernyataan palsu selain menimbulkan persepsi buruk mengenai syarikat berkenaan.

Selain itu Mohd Asri juga mendakwa defendan pertama telah memfitnahnya dengan menghantar satu notis tuntutan bertarikh 24 Ogos lepas, menuntut beliau mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari bagi membersihkan nama GISBH.

Plaintif mendakwa notis tuntutan itu antaranya membawa maksud beliau telah menuduh defendan pertama tanpa usul periksa dan membuat dakwaan palsu terhadap GISBH.

Beliau berkata hantaran-hantaran fitnah itu telah mengaibkan, menjatuhkan maruah dan imej beliau sebagai seorang mufti, ahli akademik serta pendakwah di Malaysia, dan beliau memohon defendan membayar ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM10 juta, ganti rugi am, kos, faedah di samping ganti rugi lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Mohd Asri juga memohon supaya defendan membuat draf permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman dan menerbitkan draf terbabit antaranya dalam akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian, News Straits Times dan Facebook defendan secara bertulis selama 30 hari.

Beliau turut memohon defendan memadam pernyataan-pernyataan fitnah itu daripada semua laman sesawang dan media sosial termasuk Facebook, Twitter, Blogspot, TikTok dan Instagram di bawah kawalan defendan.

Pada 10 Oktober lepas, Mohd Asri menyaman seorang pemilik akaun Facebook atas dakwaan menerbitkan beberapa pernyataan fitnah yang mengaitkannya dengan GISB. – 29 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Related