Banyakkan risalah bahasa Mandarin, bukan papan tanda pelbagai bahasa, kata ahli akademik

Teknologi kecerdasan buatan (AI) dari China jauh lebih maju dan ia boleh digunakan untuk menterjemah sesuatu bahasa dengan mudah sepertimana fungsi Google Translate

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sepatutnya memperbanyakkan risalah dan bahan bacaan dalam bahasa Mandarin sebagai panduan kepada pengunjung dari negara China, bukannya menggunakan papan tanda pelbagai bahasa di jalanan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Sahul HM berkata langkah itu lebih berkesan daripada meletakkan bahasa Mandarin pada papan tanda.

Jelasnya, teknologi kecerdasan buatan (AI) dari China jauh lebih maju dan ia boleh digunakan untuk menterjemah sesuatu bahasa dengan mudah sepertimana fungsi Google Translate.

Jelasnya, isu bahasa di Malaysia bukan disebabkan oleh kemasukan pelancong asing sebaliknya ia merupakan masalah yang sudah berakar umbi sejak sekian lama.

“Takkanlah sebab papan tanda bahasa kebangsaan kita, pelancong China nak tuduh kita rasis dan jumud?.

“Bahasa kebangsaan ibarat melukut di tepi gantang. Hidupnya segan, mati tak mahu. Dek perangai segelintir manusia warga Malaysia yang tak membuka dirinya untuk belajar dan menggunakannya dengan sepenuh hati,’’ katanya di sini hari ini.

Menurut Sahul, rakyat Malaysia menghormati pelancong asing namun pelancong wajib menghormati budaya, identiti dan sejarah negara ini.

Isu mengenai penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda bermula apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan tindak balas melampaui batas, menimbulkan rasa tidak puas hati serta mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

Ia susulan tindakan DBKL yang mengeluarkan 20 notis kesalahan dan 10 notis penguatkuasaan kepada pemilik kedai kerana ‘menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan secara berlebihan’ dari Januari hingga 16 Oktober tahun ini.

Pada 18 November lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa kedai-kedai dibenarkan memasang papan tanda yang tidak menggunakan bahasa Melayu, selepas melawat salah satu pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

DBKL sejak itu telah menjelaskan penguatkuasaan peraturan untuk papan tanda dwibahasa adalah selaras dengan undang-undang dan peraturan mengenai bahasa rasmi negara.

Ini, kata pihak berkuasa tempatan, termasuk Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang antara lain memerlukan semua papan tanda perniagaan dan iklan dalam bahasa kebangsaan.

Datuk Seri Rosli Sulaiman (kiri) turut memuji langkah yang diambil oleh Datuk Bandar yang disifatkan sebagai menunjukkan kemajuan dalam penambahbaikan DBKL. – Gambar fail Scoop, 28 November, 2024

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata kenyataan King Sing itu seolah-olah menggambarkan beliau bukan seorang menteri di negara ini.

“Bila King Sing bercakap sebegitu, seolah-olah macam dia duduk dalam negara lain… perkara ini tak boleh (berlaku). Tindakan dia memang tidak bijak.  

“Kita sebagai rakyat Malaysia, kita kena pastikan guna bahasa kebangsaan. Orang negara luar datang melancong, dia kena faham bahasa kita, kalau tidak pun sekurang-kurangnya mereka kena tahu berbahasa Inggeris.

“Bila saya pergi ke Thailand, Jepun, saya pun tak pandai bahasa negara tersebut. Kita kena belajar dan pelancong boleh guna bahasa Inggeris iaitu bahasa antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Dalam pada itu, Rosli turut memuji usaha Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif melancarkan operasi besar-besaran menyasarkan papan tanda haram di pelbagai kawasan, termasuk Segambut, Pudu dan Jalan Silang di pusat bandar.

Menurutnya perkara itu perlu dilakukan memandangkan banyak papan tanda bahasa selain bahasa kebangsaan yang dipamerkan, terutama di kawasan tumpuan pelancong asing.

“Saya bersetuju dengan DBKL, Datuk Bandar baharu ini saya nampak ada kemajuan (penambahbaikan gerak kerja DBKL),” katanya. – 28 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related