Cawangan Provos Marsyal TUDM siasat kes kematian pelatih Palapes di UiTM

Siasatan dijalankan oleh cawangan Provos Marsyal, Tentera Udara Draja Malaysla (TUDM)

6:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kes kematian seorang kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (Ipta) kini dalam siasatan oleh cawangan Provos Marsyal, Tentera Udara Draja Mataysla (TUDM).

ATM dalam satu kenyataan menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi atau berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kes itu.

Tindakan undang-undang, katanya akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah.

“ATM mengambil maklum berkenaan laporan berita yang disiarkan oleh media atas talian berkenaan dakwaan seorang bapa terhadap kematian anaknya sewaktu melaksanakan sesi latihan seliaan jurulatih tentera di salah sebuah IPTA,’’ katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pihaknya masih menunggu laporan berhubung kejadian berkenaan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelatih Palapes Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, meninggal dunia pada 13 November lalu selepas didakwa menjalani sesi latihan jerih dan tidak berjadual.

Bapa mangsa, Muhammad Zaidi Abdul Rahman dalam laporan polis yang dibuatnya mendakwa anaknya mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dadanya, dipaksa melakukan aksi seperti kuda dengan ditunggang jurulatihnya.

Zaidi juga mendakwa anaknya dipaksa melompat seperti kanggaru. Insiden yang didakwa berlaku pada 10 November lalu itu sempat dirakam oleh jurulatih terbabit.

ATM juga menggesa masyarakat memberi ruang bagi pihaknya menjalankan siasatan secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

“Selain itu, masyarakat juga diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang dilaksanakan.

“Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,’’ katanya. – 27 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related