Kerajaan perlu campur tangan, kenaikan premium insuran bakal bebankan sistem kesihatan awam

10:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Kerajaan digesa campur tangan dan memastikan rakyat tidak terjejas dengan kenaikan premium insurans perubatan yang dijangka naik antara 40 hingga 70% pada tahun hadapan.

Chairman Patient for Patients Safety Malaysia, Manvir Victor berkata kenaikan berkenaan tidak berasas dan bakal menyebabkan ramai yang akan menamatkan polisi insurans mereka.

Keadaan ini, katanya berpotensi menjadi beban kepada sistem kesihatan awam yang kini sudah pun sesak dan kurang pembiayaan.

Ia juga, kata beliau, boleh memberikan kesan drastik kepada sistem kesihatan awam ketika Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

“Syarikat-syarikat insurans sepatutnya bersikap telus dan mendedahkan maklumat yang digunakan dalam kenaikan harga premium itu.

“Selain itu, syarikat insurans juga perlu mendedahkan keuntungan mereka kerana perniagaan tersebut bergantung kepada kepercayaan daripada pelanggan mereka,’’ katanya kepada Scoop.

Chairman Patient for Patients Safety Malaysia, Manvir Victor berkata kenaikan berkenaan tidak berasas dan bakal menyebabkan ramai yang akan menamatkan polisi insurans mereka. – Gambar dari media sosial, 26 November, 2024

Beliau mengulas laporan mengenai kenaikan premium insurans yang dijangkakan antara 40 hingga 70% pada tahun hadapan, berdasarkan notis yang dihantar kepada pengguna.

Kenaikan itu dikatakan kerana kos perubatan di hospital swasta semakin mahal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr. Kuljit Singh dalam kenyataannya hari ini berkata jumlah kenaikan perlu munasabah kepada semua pihak terutama pesakit dan juga pemegang polisi.

Jelasnya, kenaikan yang ketara akan kesan kepada permintaan serta kemasukan pesakit di hospital kerajaan dan swasta.

Bagaimanapun jika peningkatan premium insurans setara dengan perkhidmatan yang baik maka ia adalah wajar bagi mereka yang memerlukan rawatan.

“Sekiranya kenaikan terlalu berlebihan, ia sudah pasti memberi kesan jangka pendek dan sederhana sehingga menyebabkan permintaan ke hospital swasta mungkin menurun dan orang ramai beralih ke hospital awam,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk melihat cara mengurangkan kos dan beban kawal selia serta kos perubatan perundangan yang meningkat dengan cepat. – 26 November, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related