PDRM kutip hampir RM10 juta bayaran saman tertunggak sepanjang 3 hari program 2TM

Seramai 32,500 individu menyelesaikan saman dengan kadar diskaun sebanyak 60% berjumlah RM9.13 juta

9:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip hampir RM10 juta bayaran saman tertunggak sepanjang tiga hari penganjuran Program 2 Tahun Bersama Kerajaan Madani (2TM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari Jumaat hingga Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 32,500 individu menyelesaikan saman dengan kadar diskaun sebanyak 60% berjumlah RM9.13 juta.

“Bagi tempoh tiga hari bermula 22 hingga 24 November lalu, sebanyak 103,590 saman berjumlah RM9.13 juta dijelaskan melalui saluran yang disediakan di kaunter secara tunai dan e-payment, juga melalui baucer yang diselesaikan melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM.

“Antara kesalahan tertinggi ialah memandu laju, mengabai isyarat lalu lintas dan halangan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihak JSPT tidak menetapkan sasaran bagi penyelesaian saman, namun berbangga dengan kehadiran 32,500 pemilik saman yang mahu menyelesaikan saman tertunggak masing-masing dalam program itu.

“Jumlah kutipan saman bukan sebagai keutamaan JSPT sebaliknya, berbangga dengan jumlah penyelesaian saman yang tinggi. Ini menunjukkan kesedaran dan peranan orang ramai juga menunjukkan trend penyelesaian melalui platform secara atas talian ‘cashless’ (tanpa tunai).

“JSPT mengucapkan penghargaan terima kasih dan kerjasama kepada orang ramai yang hadir dalam menyelesaikan saman tertunggak bersempena 2TM.

“Jabatan ini menyarankan orang ramai tidak seharusnya menunggu tawaran diskaun diumumkan untuk menjelaskan saman-saman yang diterima kerana tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan,” katanya. – 25 November

Topics

 

Hangat

Fugitive preacher Zakir Naik defies Malaysia’s speech ban?

The Indian national preacher allegedly defied Malaysia’s speech ban with an address at the Perlis International Sunnah Convention 2025

Amirudin signals move to federal politics

The Selangor menteri besar is preparing for a move to the federal government by 2028, following an unwritten two-term limit for the state’s top post

Everyone makes mistakes: Hannah should forgive Razman, says PAS spiritual leader

Datuk Hashim Jasin says Youth and Sports Minister should let bygones be bygones over ‘YTL daughter’ gaffe

Related