RUU Pekerja Gig: Persatuan p-hailing sokong cadangan perbanyak sesi libat urus sebelum bentang di parlimen

Penghantar turut menyokong kenyataan bersama yang dikeluarkan platform ekonomi gig lain semalam yang menggesa penangguhan dalam pembentangannya di Parlimen bulan depan

12:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) menyokong gesaan pemain industri agar Kementerian Sumber Manusia mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan sebelum Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig dibentangkan di Parlimen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Penghantar berkata adalah wajar kementerian memberi peluang kepada pemegang taruh untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka, khususnya berkaitan mekanisme pelaksanaan, sebelum rang undang-undang itu dibawa ke Dewan Rakyat Disember ini.

“Sesi dialog berkenaan adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada setiap pemegang taruh memberikan cadangan dan pandangan yang mana ia boleh mengharmonikan lagi RUU berkenaan, mengikut keperluan akar umbi industri, serta pihak berkepentingan.

“Kami juga mencadangkan agar sesi dialog tersebut turut disertai bersama wakil-wakil daripada setiap kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat.” tambah persatuan itu.

Ia turut menegasakan satu sesi libat urus secara menyeluruh perlu dilaksanakan dengan segera supaya objektif akhir untuk mengukuhkan industri gig akan tercapai.

Penghantar turut menyatakan sokongannya terhadap kenyataan bersama semalam yang dikeluarkan oleh platform ekonomi gig Foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare dan Lalamove yang menggesa penangguhan pembentangan rang undang-undang terbabit.

Pemain industri berkata mereka dan pekerja gig belum dirujuk secara menyeluruh mengenai undang-undang yang dicadangkan.

Sambil menyatakan kebimbangan mengenai draf rang undang-undang tidak dikongsi sepenuhnya dan proses maklum balas yang terhad, syarikat-syarikat itu berkata lebih banyak masa diperlukan untuk mengadakan perundingan yang sewajarnya dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan rangka kerja terakhir mencerminkan keperluan pelbagai pekerja gig.

Pada 3 November, Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, rang undang-undang itu akan menyelaraskan sektor e-hailing dan p-hailing Malaysia dengan standard global, sama seperti di Singapura, Amerika Syarikat dan Australia.

Perundangan baharu itu, katanya, bertujuan memberi hak kepada pekerja gig, menangani kekurangan perlindungan mereka di bawah undang-undang sedia ada yang tidak mengklasifikasikan mereka sebagai pekerja.

Dijangka dibentangkan dalam sidang parlimen akhir tahun ini, rang undang-undang itu menjanjikan perlindungan kewangan dan fidusiari seperti yang disediakan oleh Akta Pekerjaan untuk pekerja sepenuh masa.

Ini termasuk potensi perlindungan keselamatan sosial 24 jam, seperti yang diketengahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengerusikan jawatankuasa khas penubuhan suruhanjaya ekonomi gig.

Sumber memberitahu Scoop, empat perkara asas diberikan perhatian dalam RUU ini iaitu definisi pekerja gig, pampasan asas, perlindungan keselamatan sosial dan penyelesaian pertikaian menerusi Tribunal Pekerja Gig. – 22 November, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related