‘3 jam bentang, inflasi hanya disebut sekali’ Adun Gombak Setia kritik Bajet 2025 Selangor

‘Bayangkan dalam pembentangan hampir 3 jam, hanya sekali perkataan inflasi disebutkan, itupun mengenai inflasi global dan dua kali perkataan kos sara hidup ditimbulkan’ kata Hilman

8:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dari Bersatu mengkritik Bajet 2025 negeri Selangor yang dibentangkan baru-baru ini, kerana didakwa tidak menyentuh impak langsung kepada rakyat (people centric) terutama isu kos sara hidup dan inflasi.

Malah Ketua Armada parti Bersatu itu berkata, dalam pembentangan hampir tiga jam oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari itu, perkataan ‘inflasi’ hanya disebut sekali, iaitu mengenai inflasi global manakala kos sara hidup pula hanya disebut sebanyak dua kali.

Muhammad Hilman Idham berkata golongan M40 yakni kumpulan berpendapatan pertengahan adalah amat penting kerana mereka cukup terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. – Gambar tangkap layar, 19 November, 2024

“Tiada gunanya kita membangunkan gedung-gedung besar, melaksana projek-projek mega, tapi kehidupan rakyat semakin lama semakin melarat.“Tiada sebarang semakan atau perubahan dasar, polisi dan kebijakan kerajaan negeri bagi mendepani isu kos sara hidup serta pembangunan yang semakin meningkat. Ini bakal merencatkan kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat Selangor.

“Selain membela B40, sepatutnya usaha pemberdayaan golongan M40 yakni kumpulan berpendapatan pertengahan adalah amat penting kerana mereka cukup terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu khususnya akibat daripada peningkatan kos sara hidup menerusi perbelanjaan pendidikan, penjagaan kesihatan, penyelarasan subsidi serta perumahan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Negeri Selangor 2025 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan 2025 Selangor berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu bagi tahun depan.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.7 bilion atau 56.7% diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.3 bilion (43.3%) bagi tujuan pembangunan.

Hilman turut membidas penganjuran Selangor Coffee Festival (SELCOF) pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Jelas Hilman, sepatutnya peruntukan itu disalurkan untuk membantu semua usahawan F&B di Selangor, bukan mengheret dan mengajar anak-anak muda di negeri itu dengan trend-trend terkini.

“Orang main pickleball kita nak buat Pesta Pickleball, peruntukan RM1 juta. Orang minum kopi, kita nak buat Selangor Coffee Festival, pun RM1 juta. Patutnya, kalau nak berbelanja, kita peruntukkan RM1 juta ini untuk bantu semua usahawan-usahawan F&B di Negeri Selangor,’’ katanya.

Pada masa sama, Hilman turut mengkritik peruntukan hanya RM6 juta untuk tujuan pembangunan sukan apatah lagi tahun hadapan Selangor akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma).

“Tahun-tahun sebelum ini, tak pernah peruntukannya kecil begini. Paling tidak zaman YB Hulu Kelang, peruntukannya lebih besar. Ini dapat keadaan kita akan menjadi tuan rumah Sukma, kita berbelanja lebih kecil,’’ katanya. – 19 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related