5 Adun Sabah sudah dipanggil SPRM

Setakat ini lima Adun telah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan

2:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah telah dipanggil untuk dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri tersebut.

SPRM dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri tersebut.

“Siasatan awal berhubung aduan tersebut membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa Adun Sabah yang disyaki terlibat isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

“Setakat ini, lima orang Adun telah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan,’’ katanya di sini.

Pada Isnin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor meminta SPRM menyiasat rakaman audio ADUN yang tular dikatakan sedang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Hajiji berkata kerajaan negeri sedia beri kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM berkenaan isu berkenaan.

Laporan sebelum ini menyatakan seorang peguam hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 30 Oktober untuk memberikan maklumat mengenai kes rasuah.

Peguam tersebut itu meminta perlindungan dan kekebalan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, dengan harapan agar anak guamnya tidak akan disiasat atau menghadapi tuduhan undang-undang.

Mengulas lanjut, SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan telus dan menyeluruh. – 17 November, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related