Pertikai pelantikan AG: Mas Ermieyati hina keputusan Agong dan mahkamah, kata Veteran Umno

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, AP (Ahli Parlimen) seperti ini low class dan half-past-six serta memalukan pengundi

8:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Shamsudin yang mempersoalkan pelantikan Peguam Negara (AG) yang baharu sebagai menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong dan mahkamah.

Malah, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kenyataan Mas Ermieyati itu yang mengaitkan pelantikan Datuk Mohd Dusuki Mokhtar sebagai balas budi melepas dan membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan sebagai fitnah.

Jelasnya, adalah malang bagi seorang Ahli Parlimen bercakap berdasarkan apa yang didengari di kedai kopi dan kemudian membawanya ke dalam perbahasan di Parlimen.

“AP (Ahli Parlimen) seperti ini low class dan half-past-six dan memalukan pengundi,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, dalam perbahasan di Parlimen, Mas Ermieyati membangkitkan persoalan mengenai ‘cakap-cakap’ di luar berhubung pelantikan Peguam Negara yang baharu, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang didakwa ada kaitan dengan balas budi.

Menurut Mas Ermieyati, ini kerana Mohd Dusuki sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (ACG) yang terlibat dalam hujah dan alasan semasa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan (DNAA) dari 47 pertuduhan.

Justeru Mas Ermieyati meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memberikan penjelasan.

Mohd Dusuki dilantik sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Mustapha turut mencabar Mas Ermieyati supaya mengulangi tuduhannya itu di luar Parlimen jika beliau yakin dengan cerita dan cakap-cakap berkenaan.

“Jangan berselindung di sebalik kekebalan AP di dalam Parlimen,’’ katanya. – 15 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related