Pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan mata wang AS bukti status ringgit dipacu pasaran

Kehadiran kita dalam pasaran asing adalah untuk memastikan tiada turun naik yang berlebihan dan memastikan pasaran yang teratur supaya perniagaan dapat beroperasi dengan lancar, kata Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour

4:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menyambut baik pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengesahkan status ringgit yang dipacu pasaran.

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan Malaysia tidak pernah menggunakan kadar pertukarannya untuk mendapatkan kelebihan daya saing dalam pasaran.

“Jadi, ini adalah sesuatu yang membuktikan kepercayaan dan pendirian kita dalam hal ini. Perkembangan ini amat dialu-alukan,” katanya pada sidang akhbar sempena mengumumkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Suku Ketiga 2024, di sini, hari ini.

Laporan separa tahunan Jabatan Perbendaharaan AS yang dikeluarkan pada Khamis, 14 Nov, memantau negara-negara yang mempunyai lebihan perdagangan yang besar berkaitan dengan AS, yang turut aktif menyertai pasaran pertukaran asing untuk mendapatkan kelebihan daya saing.

Abdul Rasheed juga menekankan apa yang lebih penting, pergerakan ringgit harus mencerminkan asas ekonomi negara.

“Jadi, kehadiran kita dalam pasaran asing adalah untuk memastikan tiada turun naik yang berlebihan dan memastikan pasaran yang teratur supaya perniagaan dapat beroperasi dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata ringgit meningkat berbanding dolar AS sebanyak 14.9% pada Suku Ketiga dan 3.1% setakat tahun ini pada 13 Nov.

“Prestasi ringgit pada suku ketiga didorong terutamanya oleh peralihan Rizab Persekutuan AS (Fed) ke arah pelonggaran dasar monetari, termasuk penurunan kadar dana persekutuan sebanyak 75 mata asas pada September dan November.

“Dari segi usaha kita untuk menggalakkan perniagaan menghantar pulang pendapatan eksport ke dalam nilai ringgit dan menggalakkan pelabur membawa balik pendapatan dan menukar kepada ringgit… nampaknya telah menunjukkan hasil yang positif,” katanya.

Beliau berkata usaha ini telah membawa kepada aliran dua hala yang sihat ke dalam pasaran dan membantu menyokong kenaikan ringgit.

Gabenor berkata purata pusing ganti pertukaran asing harian Malaysia juga meningkat daripada AS$15 bilion (AS$1 = RM4.48) kepada AS$18.2 bilion setakat ini pada tahun ini.

“Sebelum ini, ringgit menyusut sebanyak 10 peratus antara Februari hingga Oktober. Dari segi kadar pertukaran nominal, ia menyusut sebanyak 9.8%,” katanya sambil menambah ini disebabkan oleh perubahan dalam peralihan dasar ekonomi maju, khususnya di AS.

Abdul Rasheed percaya ringgit akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan kukuh domestik dan momentum daripada pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan sekarang serta perbezaan kadar faedah yang mengecil antara AS dan Malaysia.

Beliau berkata peserta pasaran kewangan juga menjangkakan penurunan selanjutnya kadar oleh Fed AS menjelang 2025.

Namun begitu, beliau berkata perubahan dalam pentadbiran AS dijangka menyebabkan keadaan yang tidak menentu buat permulaannya, tetapi memberi jaminan Malaysia bersedia untuk bangkit semula seperti yang berlaku sebelum ini.

“Ringgit meningkat sebanyak 8% selepas turun naik pada awalnya. Jadi kita juga boleh jangka perkara yang sama sekarang,” katanya. – 15 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related